Thursday, September 11, 2014

Pas Pahang hantar jentera ke Pengkalan Kubor

pilihanraya kini     1:35 PM    


 Pas Pahang menghantar kira-kira 400 ahli bagi membantu jentera PRK  Dun Pengkalan Kubor mulai hari ini.

Pengarah Pilihan Rayanya, Hasnan Harun berkata, kesemua mereka akan dihantar menerusi empat gelombang membabitkan kira-kira 100 ahli pada setiap gelombang dengan pasukan terakhir ke sana pada 15 September ini.

Menurutnya, Pas Pahang bertanggungjawab menjaga peti daerah mengundi Kampung Geting bersama Pas Kawasan Machang untuk berkempen di kawasan lebih 3,000 pengundi itu.

“Kawasan ini tidak pernah kalah tetapi kita akan bersiap sedia dengan semua jentera yang ada untuk membantu kemenangan di peti undi itu,” katanya pada sidang media selepas majlis sumbangan kemanusiaan Pas bernilai RM100,000 kepada Yayasan Amal Malaysia untuk tabung Palestin di sini, semalam.

Sumbangan itu disampaikan Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Yusof Embong kepada wakil Yayasan Amal Malaysia, Nazri Ahmad.

Dalam perkembangan lain Yusof berkata, Pas negeri ini yakin tiada ahlinya menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

“Jika ada ahli yang menyertai Pasma kita tidak ada keputusan dibuat untuk itu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak membuat sebarang perbincangan dan keputusan untuk sama ada membenarkan ahlinya menyertai Pasma atau tidak.

-SINAR-



0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.