Sunday, September 14, 2014

Pemuda BN tumpu perjelas isu royalti minyak, GST

pilihanraya kini     3:56 PM    


Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menumpukan untuk memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan berhubung isu royalti minyak dan pelaksanaan cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) sepanjang berlangsungnya kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, dua isu tersebut menjadi tumpuan utama Pemuda BN untuk menyakinkan pengundi di situ memandangkan parti pembangkang dijangka memutarbelit isu berkenaan dalam usaha menarik perhatian pengundi.

``Ini perkara kita mesti jelaskan kerana masih ada pengundi dan rakyat kita masih lagi beranggapan GST ini cukai baharu dan cukai terlalu tinggi hingga menyebabkan semua barang akan naik harga.

``Isu royalti minyak juga akan turut diberikan penjelasan kerana pengundi dan rakyat Kelantan perlu tahu kerajaan Pusat tidak pernah menyalurkan peruntukan yang wajar diterima oleh rakyat negeri itu selain daripada kesejahteraan rakyat Kelantan sendiri,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen FitMalaysia bagi peringkat negeri di Dataran Pahlawan yang dihadiri kira-kira 20,000 orang di sini hari ini

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.