Tuesday, September 16, 2014

#PengkalanKubor : Wan Rosdi Punyai Kilang Kayu Haram?

pilihanraya kini     11:24 AM    


Semalam, sudah dibuat satu pendedahan mengenai rumah calon PAS yang dalam keadaan semak dan dalam belukar di Kampung Bendang Pak Yong, Pengkalan Kubor.
Bila ditanya penduduk setempat di Kampung Bendang Pak Yong, mereka sendiri tidak mengenali dengan dekat Wan Rosdi, calon PAS. Malah keluarga calon PAS juga difahamkan bukan tinggal di rumah tersebut pun. Mereka tinggal di mana sebenarnya?
Kira kira 2 kilometer dari rumah Wan Rosdi terdapat satu kilang kayu “misteri”. Tiada nama kilang tetapi beroperasi dengan rancak sekali. Biarpun musim pilihanraya berlangsung tetapi operasi kilang masih berjalan.
Difahamkan calon PAS adalah seorang kontraktor kayu atau dalam bahasa lain adalah seorang taukeh balak. Adakah ini kilang kayu milik calon Wan Rosdi, calon PAS di Pengkalan Kubor?
Wan Rosdi juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Koperasi Kayuan Negeri Kelantan seperti yang tertulis dalam profil beliau. Wan Rosdi dikatakan dilantik ke jawatan tersebut ketika Husam Musa menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan. (baca pendedahan lanjut di sini)

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.