Saturday, September 13, 2014

Peratusan mengundi #PRKPengkalan Kubor:SPR bimbang kecewa lagi

pilihanraya kini     4:17 PM    


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berterus terang dalam sidang media pertama pengendali  pilihanraya itu di Pengkalan Kubor pagi Sabtu.
Sebagai bos SPR, beliau hanya sasarkan peratusan keluar mengundi untuk PRK Pengkalan Kubor ini hanya 70 peratus.
Ini jika lihat pada track rekod SPR, antara sasaran yang rendah.
"Saya tidak berani meletakkan tinggi sangat, takut kecewa seperti di PRK Teluk Intan dan Bukit Gelugor,” katanya.
Bagi memastikan perjalanan kempen berjalan lancar, SPR telah melantik tiga pasukan pemantau.
Pasukan itu kan membuat rondaan dan menurunkan bahan kempen yang tidak dibenarkan.
Selain itu, SPR juga melantik tiga kumpulan yang terdiri daripada lapan orang sebagai pemerhati sepanjang kempen berlangsung.
Kata Abdul Aziz, mereka diberi permit dan kebebasan untuk memantau perjalanan kempen.
Kumpulan tersebut daripada tiga orang dari Majlis Belia Malaysia, tiga orang dari Persatuan Naskah Kedaulatan Melayu Malaysia dan dua orang dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Aziz turut menegaskan kepada parti yang bertanding supaya tidak membina barong panas sewaktu hari pengundian.
“Tidak dibenarkan barong panas ketika hari mengundi. Kalau ada kita akan runtuhkan,” tegasnya.
PRK Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru diantara calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Abdul Aziz memberitahu, calon Bebas Izat Bukhary akan menggunakan simbol Pen dalam kertas pengundian nanti.
PRK Pengkalan Kubor melibatkan 436 petugas yang dilantik SPR melibatkan kos keseluruhan berjumlah lebih RM600 ribu.
Kata Abdul Aziz, mereka diberi permit dan kebebasan untuk memantau perjalanan kempen.

Kumpulan tersebut daripada tiga orang dari Majlis Belia Malaysia, tiga orang dari Persatuan Naskah Kedaulatan Melayu Malaysia dan dua orang dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Aziz turut menegaskan kepada parti yang bertanding supaya tidak membina baring panas sewaktu hari pengundian.
“Tidak dibenarkan barong panas ketika hari mengundi. Kalau ada kita akan runtuhkan,” tegasnya.
PRK Pengkalan Kubor melibatkan 436 petugas yang dilantik SPR melibatkan kos keseluruhan berjumlah lebih RM600 ribu

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.