Sunday, September 21, 2014

PRK PENGKALAN KUBOR:Hanya Calon BN Ada Hubungan Dengan Pusat Untuk Majukan Pengkalan Kubor

pilihanraya kini     2:00 PM    

 Pengundi Pengkalan Kubor perlu memilih calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor kerana wakil rakyat parti itu adalah penghubung kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata ini kerana menerusi hubungan dengan kerajaan pusat, Pengkalan Kubor boleh dibangun dan merealisasi hasrat mereka untuk mendapat segala kemudahan.

"Rakyat perlu meneliti dari segi kemampuan calon, siapa yang akan bekerjasama dengan calon untuk membangunkan masa depan mereka kelak dan di peringkat mana keupayaan calon tersebut.

"Saya yakin calon BN yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan akan membuahkan hasil kepada rakyat," katanya kepada pemberita dalam Program Ramah Mesra bersama pengundi pada Jumaat.

Beliau berkata prestasi wakil rakyat BN sebelum ini, Datuk Noor Zahidi Omar, dikagumi semua pihak dan pengundi kawasan itu perlu menyokong BN agar usaha yang dilakukan Allahyarham dapat disambung penggantinya.

Mukhriz juga berkata pengundi tidak seharusnya terpengaruh dengan kempen PAS yang membuat serangan peribadi terhadap calon BN Mat Razi Mat Ail kerana ia adalah fitnah semata-mata.

PRK itu diadakan berikutan kematian Noor Zahidi pada 20 Ogos lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Sept ini sebagai hari mengundi.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mat Razi, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon BEBAS Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pada pilihan raya umum ke-13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (BEBAS) dengan majoriti 1,736 undi.

1 comments :

Anonymous said...

yg jelas sekarang pemimpin pusat sering melonggogkan peruntukan dikawasan pembangkang.sedangkan kawasan penyokong sendiri buat x indah je,

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.