Tuesday, September 16, 2014

#PRK PengkalanKubor : PDM Bendang Pak Yong Bakal Bungkus Calon PAS

pilihanraya kini     11:26 AM    


Perjalanan Ke Kampung Bendang Pak Yong memang memenatkan para petugas media sosial team kami yang kurang biasa dengan kawasan pendalaman dalam Dun Pengkalan Kubor.
Perjalanan yang agak jauh ini melalui beberapa sekatan jalan yang dikawal oleh tentera dan juga UPP dimana laluan ini bersempadanan dengan Negara Thailand.
Sesekali kami melihat ke Negara Thailand dimana kelihatan kediaman rakyat Thailand dan juga perahu ditebing sungai sebelah Negara itu.
Sawah padi yang menghijau menyenangkan mata memandang apa lagi keihatan burung-burung berterbangan menuju destinasi yang kami tidak pasti.
Selepas hamper satu jam kami melalui jalan sempit ke Kampung Bendang Pak Yong kelihatan bendera politik yang bertanding kebanyakanya daripada Barisan Nasional,Bunting calon BN,Hj.Mat Razi juga banyak kelihatan di Kampung itu membuatkan kami rasa disitu adalah kubu kuat Umno.
Tercari-cari  siapa yang kami mahu temu bual untuk mengetahui sokongan semasa terhadap Barisan Nasional oleh masyarakat disitu.
Akhirnya kami melihat ada sebuah warong kopi yang kelihatan sunyi,kami mengambil keputusan berhenti di warong itu untuk menghilangkan dahaga.
Setelah duduk dibangku yang disediakan kami melihat dua warga emas,sambil kami menghirup minuman yang kami oder  ada rakan-rakan mula berbual dengan warga emas yang dimaksudkan.
Dalam perbualan singkat itu team kami bertanya kepada warga emas yang dimaksudkan,beliau perkenalkan dirinya,Omar Mat Jusoh(Gambar).
Omar Mat Jusoh,77 memaklum bahawa di PDM Bendang Pak Yong peratusan besar masyarakatnya adalah penyokong kuat Umno sejak dari dahulu.
Sukar untuk Pas menawan kawasan ini berikutan masyarakat Kampung Bendang Pak Yong ini sering dibantu dan dia sendiri sudah dua tahun menerima bantuan untuk warga emas,tambahnya.
Omar Mat Jusoh yang mengakui beliau tidak pernah tukar parti sejak Umno ditubuhkan malah beliau juga tidak pernah memberi undi kepada parti lain selain daripada Barisan Nasional.
Mengenai mantan ADUN Pengkalan Kubor,Allahyarham Noor Zahidi,semasa hayatnya sering datang di Kampung ini,berborak-borak dengan penduduk di warong-warong kopi dan arwah juga tidak loket,katanya.
Omar Mat Jusoh berharap kepada Calon Barisan Nasional PRK Pengkalan Kubor,Hj Mat Razi juga dapat melakukan pekara yang sama.
Katanya lagi.Barisan Nasional sering membantu masyarakat disini dalam banyak pekara termasuk baja subsidi dan berbagai lagi,jika diberi kesempatan oleh Allah beliau akan undi BN.
Mengenai PAS pula,Omar Mat Jusoh memberi tahu,tiada siapa jumpa beliau untuk pujuk rayu agar menyokong PAS,kerana masyarakat disini sudah tahu beliau tidak akan termakan pujuk rayu PAS.
Sebelum mengakhiri perbualan Hot Kelate,bertanya kepada Omar Mat Jusoh,Apakah PRK DUN Pengkalan Kubor kali ini BN boleh menang?.Dengan bersahaja beliau memberi jawapan.’’Kalah menang belum tahu lagi,tapi sokongan kepada BN masih kuat di PDM Bendang Pakyong  sukar PAS mahu tawan kawasan ini sejak dari dahulu.
Nak tak nak,PAS mesti akui bahawa PDM Bendang Pak Yong calonya akan terbungkus dengan kain kafan hadian daripada Barisan Nasional

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.