Tuesday, September 16, 2014

#PRKPengkalanKubor : Apa rakyat Pengkalan Kubor mahu?

pilihanraya kini     11:01 AM    


Dun Pengkalan Kubor merupakan salah satu daripada empat kerusi Dun dalam Parlimen Tumpat yang mempunyai 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM), iaitu Pengkalan Kubor, Ketil, Tebing, Geting, Simpangan, Tujoh, Telaga Bata, Bunohan, Jubakar Darat, Bendang Pak Yong, Teluk Jering dan Kedai Geting.
Dun yang mempunyai keluasan 29.6 kilometer persegi itu mempunyai kira-kira 50,000 penduduk terdiri daripada Melayu, Siam, India dan lain-lain dengan pekerjaan penduduk adalah petani, nelayan, buruh dan peniaga kecil.
Dun Pengkalan Kubor dikuasai BN sejak 2004 sehingga 2014 apabila Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar mempertahankan jawatan Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal berturut-turut.
Di bawah pentadbiran BN, banyak pembangunan dibawa masuk ke Dun itu dan memberi kesan ekonomi serta sosial kepada penduduk, antaranya Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang terletak di Kampung Tujoh.
Bersempena PRK Dun Pengkalan Kubor yang akan diadakan pada 25 September nanti mari bersama-sama kita lihat apa rakyat Pengkalan Kubor mahu.
Selesai masalah banjir
Penduduk, Taib Awang Kechik mahu masalah banjir yang menyebabkan 1,000 penduduk kampung-kampung di pinggir Sungai Golok terpaksa berpindah diatasi.
Menurutnya, kejadian banjir berpunca daripada Jalan Kasban yang mana pembetung berhampiran jalan itu tidak mencukupi menyebabkan aliran air tersekat dan banjir lambat surut.
Taib memaklumkan, isu itu telah mendapat perhatian Noor Zahidi tetapi usaha untuk menyelesaikannya tidak kesampaian dan penduduk memohon masalah itu diselesaikan.
"Penyelesaian masalah itu merupakan hasrat Allahyarham Noor Zahidi yang tidak mahu terus melihat rakyat terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir.
"Bukan sedikit kos yang terpaksa ditanggung kerajaan berhubung masalah banjir kerana setiap keluarga yang berpindah akan diberikan wang ihsan banjir sebanyak RM500," katanya.
Katanya, daripada peruntukan dihabiskan untuk membayar wang ihsan, adalah lebih baik mencari jalan penyelesaian segera dengan memperbanyakkan pembetung atau bina jambatan atas jalan dekat Kampung Pohon Nibong.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.