Sunday, September 14, 2014

#PRKPengkalanKubor : Gelaran ustaz diberi oleh masyarakat - Mat Razi

pilihanraya kini     5:20 PM    


Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail, berkata beliau tidak meminta dipanggil 'ustaz', namun itu gelaran yang diberikan masyarakat atas khidmat bakti beliau membina Pondok Agama Simpangan di sini.
Mat Razi berkata, walaupun beliau adalah bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pengurusan Sekolah) Tumpat dan berpakaian formal ketika berada di pejabat namun ia tidak menghalang beliau memakai jubah di rumah.
"Soal panggilan adalah perkara biasa dan bukan satu masalah kepada saya. Kita sebagai pegawai kena pakai pakaian rasmi bila bertugas.
"Bila di rumah saya berjubah dan perkara ini bukan dilakonkan. Kalau esok nak diumum jadi calon hari ini baharu nak berjubah, ia akan nampak 'kekok'," katanya kepada pemberita selepas bertemu penduduk di Kampung Kajang Sebidang dan Kampung Telok Jering di sini, hari ini.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.