Friday, September 19, 2014

#PRKPengkalanKubor : Lawak calon bebas di Pengkalan Kubor

pilihanraya kini     2:00 PM    


Sejak lepas penamaan calon di Pengkalan Kubor, calon bebas , Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47, hilang begitu sahaja... tak ada siapa yang dapat kesan, apa bentuk kempen beliau yang sudah dua kali bertanding di sini.
Tiba-tiba pada Rabu, orang ramai melalui jalan dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubor dapat lihat kiri kanan jalan poster kecil Izat Bukhary.
Ada macam-macam tulisan, ala-ala ayat kat facebook pun ada.
Dan kepada wartawan kemudiannya beliau memberitahu mahu menganjurkan pertandingan mereka pen paling besar dan kreatif untuk penduduk di kawasan tersebut.
Menurutnya pertandingan itu akan diadakan tidak lama lagi setelah mendapat kelulusan SPR kerana beliau mahu menawarkan hadiah kepada pemenangnya.
"Saya mahu menganjurkan pertandingan membuat pen paling besar, menarik dan paling kreatif dan pertandingan itu melibatkan kumpulan di kampung-kampung", katanya.
Izat Bukhary, seorang ahli perniagaan, memulakan kempennya dengan bertemu masyarakat di warung kopi di Kompleks Beli-belah Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor.
Beliau turut menarik perhatian orang ramai dengan menangis sambil meminta mereka mengundinya.
PRK pada 25 Sept ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Izat, calon BN Mat Razi dan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.