Sunday, September 21, 2014

#PRKPengkalanKubor : Mat Razi lepas pengkayak solo

pilihanraya kini     10:00 AM    


Di tengah-tengah kesibukan berkempen, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil kawasan Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail masih sempat melepaskan pengkayak solo untuk meneruskan misinya.
Mat Razi mengganggap Nadzeri Mustaffa dari Shah Alam, Selangor mempunyai semangat kuat yang menunjukkan rakyat Malaysia juga mampu berkayak.
Nadzeri, 50, seorang peniaga, dalam misi berkayak mengelilingi Semenanjung dari Kelantan ke Perlis sejauh 2,000 kilometer dalam tempoh 70 hari.
"Ekspedisi Dayungan 1Malaysia Untuk Gaza itu dilakukan bagi menunjukkan bantahan beliau terhadap kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.
"Ia juga sempena sambutan kemerdekaan negara ke-57 dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu," katanya kepada pemberita di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Geting di sini, hari ini.
Nadzeri yang meminati kayak sejak 1984 berkata, beliau hanya berkayak pada sebelah siang kerana berkayak secara solo pada waktu malam lebih berisiko.
"Saya menjangka akan tiba di Pengkalan Asam, Kangar, Perlis pada 28 November tetapi sekiranya cuaca baik, mungkin saya sampai lebih awal," katanya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Mat Razi yang melepaskan misi beliau.
"Saya secara peribadi tidak mengenali Mat Razi. Tetapi apa yang saya lihat beliau adalah calon yang sesuai untuk memajukan lagi Pengkalan Kubor, Oleh itu berilah sokongan kepadanya (Mat Razi)," katanya. 

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.