Sunday, September 14, 2014

#PRKPengkalanKubor : Mesti yakinkan semua pengundi sokong BN 25 Sept ini

pilihanraya kini     4:31 PM    


Jentera Pemuda UMNO mesti sanggup bertentang mata dan menyakinkan semua pengundi muda di kawasan Pengkalan Kubor bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada 25 September ini.
Semangat berkobar-kobar jentera pemuda semasa pelancaran jentera pemuda bermotorsikal pada pagi Sabtu dengan slogan 'BN sokmo-sokmo' perlu dikekalkan momentumnya sehingga hari pengundian PRK tersebut.
Perkara itu ditegaskan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin ketika berucap melancarkan Jentera Pemuda Bermotorsikal pergerakan diperkarangan Perhentian Bas Tumpat selepas penamaan calon.
Beliau juga mengingatkan seluruh pemuda agar tidak ada yang menimbulkan masalah atau tidak setuju dengan calon yang diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.
“Saya tidak mahu dengar daripada bawah anak-anak buah kita yang tidak setuju kita pemuda kena buktikan nama siapa sahaja yang dipilih pucuk pimpinan sebagai calon BN, itulah yang kita akan sokong untuk menang pada hari mengundi nanti,” kata Khairy.
Beliau seterusnya memberitahu jentera supaya bersedia dengan pelbagai tohmahan dan isu yang akan dibangkitkan oleh pihak lawan semasa kempen berlangsung aianya termasuklah isu berkaitan royalti minyak dan soal pembangunan di Pengkalan Kubor.
Khairy menyeru kepada seluruh anak muda di Pengkalan Kubor menghadiahkan kemenangan kepada arwah ADUN Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar pada PRK ini.
“Kita teruskan perjuangan beliau, kita teruskan kejayaan beliau dan kita buktikan pada 25 September ini bumi Pengkalan Kubor tetap kekal ditangan BN,” katanya sambil menerima laungan Gelombang Merah dari lebih 500 orang pemuda yang hadir di situ

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.