Thursday, September 18, 2014

#PRKPengkalanKubor : Pas akui BN bangunkan Pengkalan Kubor

pilihanraya kini     11:00 AM    


Pas mengakui sumbangan Barisan Nasional (BN) membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor telah banyak memberi kemudahan kepada penduduk setempat sejak tiga penggal yang lalu.

Pengarah Jawatankuasa Operasi Pas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, segala kemudahan dinikmati penduduk sekitar sekarang ini sememangnya jauh berbeza berbanding dahulu.

``Kita tidak menafikan kerajaan BN banyak melakukan perubahan dengan menyediakan kemudahan di sini untuk memberi keselesaan kepada penduduk.


``Struktur jalan kini kebanyakannya sudah selesa berbanding puluhan tahun lalu di mana kebanyakan penduduk di hujung kampung terutamanya terpaksa berjalan kaki untuk ke satu-satu kampung berhampiran,'' katanya.



0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.