Saturday, September 13, 2014

#PRKPengkalanKubor: PAS boleh semak dokumen Petronas.jangan fitnah pasal royalti minyak-TPM

pilihanraya kini     4:27 PM    



Isu royalti minyak dijangka akan menjadi salah satu yang akan diputar oleh PAS semasa kempen pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor.

BN pula sudah set tidak akan biarkan rakyat Kelantan khususnya di Pengkalan Kubor termakan dengan mainan politik itu.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas penamaan calon, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kata BN akan guna kempen ini untuk jelaskanonce and for all isu royalti minyak.

Isu dan sentimen ulangan berkaitan royalti itu dijangka digunakan penceramah PAS.
Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN mencabar PAS menubuhkan satu jawatankuasa sendiri untuk menyiasat dan meneliti akaun PETRONAS serta membuktikan bahawa Kerajaan Pusat gagal tunaikan kewajipan berkaitan isu royalti.
"Kalau PAS nak cabar, mereka boleh cabar. Kita juga cabar PAS tubuhkan jawatankuasa untuk teliti kononnya didapati ada jumlah RM12 bilion tidak dibayar Kerajaan Pusat kepada kerajaan Kelantan.
"Tuduhan pemimpin PAS dulu dan sekarang kononnya Kerajaan Pusat tidak tunaikan kewajipan (beri royalti) kepada rakyat Kelantan sama sekali tidak berasas dan serius," katanya.
Muhyiddin menjelaskan royalti Kelantan bukan isu baru dan penerangan berkaitannya termasuk dari sudut undang-undang, Perlembagaan serta amalan syarikat korporat juga berulang kali dijelaskan.
"Kita tak pernah berbohong. Sentimen ini (isu royalti minyak) telah dieksploitasi pemimpin PAS," katanya.
Biarpun pelbagai tuduhan tidak berasas dilemparkan kepada Kerajaan Pusat, namun beliau berkata, BN tidak pernah melupakan rakyat Kelantan dan atas pertimbangan Kerajaan Pusat juga, kira-kira RM140 juta wang ehsan sudah disalurkan untuk negeri ini.
Menurut Muhyiddin, PAS selama ini menggunakan isu royalti tersebut untuk 'menyudutkan' kerajaan BN seolah-olah kerajaan menzalimi rakyat Kelantan.
"Selepas ini (semasa kempen) Datuk Seri Mustapa Mohamad dan pemimpin-pemimpin lain akan menjelaskan dengan lebih terperinci lagi berkaitan royalti ini.
"Kita tahu ini akan jadi isu utama, dia akan naikkan papan besar (isu royalti), kita pun akan naikkan papan lebih besar daripada itu untuk jelaskan kepada rakyat di mana kedudukan sebenar. Kita tak takut.
"Mereka sepatutnya ambil tindakan lain yang wajar, bukan setakat mencabar dari segi politik, tetapi meneliti sebaik-baiknya. Kita kerajaan BN tidak menipu rakyat Kelantan, tetapi tuduhan Pas yang berkali-kali menunjukkan BN bersalah," katanya.
Sambil memetik ayat Al-Quran mengenai fitnah beliau mengingatkan PAS sebagai parti Islam jangan melakukan fitnah besar kononnya kerajaan Pusat menzalimi penduduk Kelantan.
Kempen tuntut royalti dimulakan oleh bekas Exco PAS Kelantan datuk Husam Musa diera beliau menjadi pemimpin negeri tersebut. Sehingga kini ada NGO yang condong kepada beliau berterusan melaksanakan berbagai kempen kononnya menuntut hak rakyat Kelantan

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.