Saturday, September 20, 2014

#PRKPengkalanKubor : PAS buat konsert Abby Abadi, Aishah di Pengkalan Kubor?

pilihanraya kini     11:00 AM    



AS menafikan dakwaan bahawa parti itu bakal mengadakan konsert di Pengkalan Kubor sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut seperti yang tertera pada poster ‘Konsert Amal Darul Naim’.

Timbalan Pengarah Jawatankuasa Operasi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, Mohd Zaki Ibrahim berkata, poster yang telah tersebar di laman sosial itu mendakwa PAS akan mengadakan konsert amal pada malam 20 September bertempat di Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Geting, di sini.

“Ramai di kalangan ahli kita yang menerima poster menggunakan lambang PAS, kononnya PAS anjur konsert amal menampilkan penyanyi seperti Abby Abadi, Dayangku Intan dan Aishah malam Sabtu (esok) melalui WatsApp dan Facebook. Saya sendiri terima mesej itu.

“Kita tidak pernah menganjurkan acara seperti itu dan meminta supaya orang ramai tidak mudah terpedaya dengan kempen berniat jahat seperti ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat. Beliau berkata poster tersebut disedari tersebar di media sosial kira-kira dua hari lalu.

“Poster itu menunjukkan kononnya PAS menjemput penyanyi Abby Abadi, Dayangku Intan dan Aishah untuk konsert amal,” katanya.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.