Monday, September 22, 2014

#PRKPengkalanKubor : PAS dakwa pembahagian 50-50 wang ehsan hina mahkamah

pilihanraya kini     10:49 PM    

PAS nampaknya terus memainkan isu wang ehsan dalam pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubor, Penasihat Jentera Operasi PAS PRK Pengkalan Kubor, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa penyelesaian sementara antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri sebagai menghina mahkamah.

Menurut Ahli Parlimen Kota Bharu itu, penyelesaian sementara pembahagian 50-50 Jabatan Pembangunan Persekutan (JPP) dan  Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) pada nisbah 50:50 menghina mahkamah.
Beliau mempersoalkan bagaimana kerajaan Persekutuan boleh mengatasi mahkamah sedangkan sehingga kini mahkamah belum membuat sebarang keputusan.
“Tidak boleh, kes tuntutan ini masih dalam mahkamah. Bolehkah kerajaan pusat mengatasi mahkamah? Itu isunya.
“Mahkamah belum putuskan lagi, soal tiga batu nautika itu pun belum diputuskan mahkamah. Saya salah seorang peguam yang hadir dalam kes royalti ini. Ini satu penghinaan kepada mahkamah,” katanya dalam satu sidang media harian PAS di pengkalan Kubor Isnin.
Turut serta dalam sidang media itu Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Kerajaan Persekutuan sebelum ini memutuskan mulai tahun 2015, Program Wang Ehsan yang sebelum ini dilaksanakan oleh JPP Kelantan turut dilaksanakan oleh MAIK pada nisbah 50:50 tertakluk kepada siling RM25 juta setiap agensi.

Ia merupakan satu langkah interim sehingga penyelesaian yang komprehensif dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan setelah kes tuntutan kerajaan Kelantan diputuskan oleh mahkamah kelak.
Bagaimanapun, Takiyuddin berkata wang ehsan tersebut tetap diterima walaupun kes tuntutan royalti masih berjalan di mahkamah.
“Persoalan 50 peratus tidak timbul walaupun diberi dan mungkin diterima MAIK tetapi tuntutan royalti tetap dan perkara ini masih dalam proses mahkamah.
“Kalau hendak bagi boleh tetapi ini bukan penyelesaian tuntutan dari kerajaan Kelantan terhadap Petronas dan kerajaan Pusat,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai dokumen laporan daripada Jawatankuasa Khas Mengkaji Tuntutan Kelantan terhadap royalti petroleum, Takiyuddin menjelaskan ia bukan penyelesaian kes.
“Memang ada wakil kerajaan negeri iaitu Tengku Mahkota Kelantan. Itu satu siri perbincangan antara kerajaan Pusat dan negeri, belum habis lagi.
“Pengerusi atau wakil ini akan bentang kepada kerajaan negeri dan tuntutan di mahkamah tetap diteruskan. Ini bukan penyelesaian kes.
“Bukan kata kita dapat 50 peratus kita tarik balik kes di mahkamah, tidak. Tidak ada kena mengena langsung. Dia hendak bagi itu isu lain,” ujarnya.-22/9/2014
BERIKUT KAMI SIARKAN SEPENUHNYA KENYATAAN KEMENTERIAN KEWANGAN MENGENAI PEMBAHAGIAN WANG EHSAN PADA 12 SEPTEMBER LALU

Kerajaan Persekutuan ingin menegaskan bahawa berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa, Kerajaan Negeri Kelantan, sepertimana juga semua negeri di Semenanjung Malaysia, tidak berhak ke atas 5 peratus Bayaran Tunai daripada hasil petroleum yang dijumpai dan dikeluarkan dari kawasan perairan yang melebihi tiga batu nautika dari garis air surut ataupun persisiran pantai negeri.
Namun demikian, Kerajaan Persekutuan tetap membuat bayaran kepada Kerajaan Negeri Kelantan daripada hasil pengeluaran dari kawasan perairan yang melebihi tiga batu nautika dari garis air surut atau persisiran pantai Negeri Kelantan dalam bentuk wang ehsan.  
Bayaran tersebut yang diterima daripada PETRONAS mulai tahun 2010 tidak digunakan oleh Kerajaan Persekutuan. Sebaliknya, ia dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Wang Ehsan Negeri Kelantan.
SEHINGGA September 2014, jumlah bayaran yang diterima daripada PETRONAS yang telah dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Wang Ehsan Negeri Kelantan adalah sebanyak RM224.3 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM120.8 juta telah disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan   (JPP Kelantan) untuk membiayai Program Wang Ehsan.
KERAJAAN Persekutuan memutuskan supaya mulai tahun 2015, Program Wang Ehsan yang sebelum ini dilaksanakan oleh JPP Kelantan turut dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) pada nisbah 50:50 tertakluk kepada siling RM25 juta setiap agensi.
SKOP Program Wang Ehsan masih dikekalkan iaitu memberi tumpuan kepada program pembasmian kemiskinan, bantuan persekolahan, khairat kematian, bantuan bencana serta bantuan anak yatim.

PENGLIBATAN MAIK adalah diharapkan dapat meningkatkan lagi keberkesanan Program Wang Ehsan. Perkara ini adalah selaras dengan cadangan yang dikemukakan oleh pihak Istana Negeri Kelantan. Untuk rekod, pentadbiran MAIK diterajui oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.
INI merupakan satu langkah interim sehingga penyelesaian yang komprehensif dilaks

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.