Thursday, September 18, 2014

#PRKPengkalanKubor : PAS dan mula ingin berbaik dengan UMNO?

pilihanraya kini     1:30 PM    



Pas menyifatkan hubungan dengan parti lawan dalam PRK Pengkalan Kubor, BN amat baik dan tidak pernah timbul sebarang masalah.

Pengarah Jentera Operasi Pilihan Raya Pas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, mereka akan memastikan hubungan baik tersebut dikekalkan bagi menjamin keharmonian dalam PRK kali ini.

“Memang Pas dan Umno macam anak-beranak. Kami tidak bergaduh pun.

“Pas pun berasal daripada Umno dan hubungan baik ini akan dikekalkan bukan sahaja dalam PRK ini malah di luar sana,” katanya pada sidang media di Markas Pas, di sini, semalam.

Menurutnya, keharmonian yang ditonjolkan antara kedua-dua parti itu membolehkan pengundi rasional memilih calon yang layak berkhidmat di kawasan itu.

“Dengan keadaan ini diharapkan dapat beri peluang kepada pengundi buat pilihan secara bijak dan demokrasi dengan tiada sebarang ugutan, dan sebarang mainan kasar secara fizikal oleh kedua-dua parti,” katanya.

Katanya lagi, Pas memegang dua prinsip utama dalam menggerakkan jentera pilihan raya kali ini.

“Pas tidak akan membangkitkan (isu) mengenai wakil rakyat terdahulu, Datuk Noor Zahidi Omar kerana kami amat mengenali beliau dan beliau adalah sahabat kami.

“Kedua, kami tidak akan menyasarkan serangan kepada peribadi lawan,” katanya.

Katanya, apa yang ingin ditekankan dalam kempen jentera pilihan raya pada kali ini adalah berkaitan dengan masalah yang dihadapi rakyat termasuk projek tebatan banjir oleh Kerajaan Persekutuan yang didakwa menghadapi pelbagai masalah.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.