Thursday, September 18, 2014

#PRKPengkalanKubor : PAS HADIAH 'PADANG BOLA SEGERA UNTUK BELIA PENGKALAN KUBOR

pilihanraya kini     3:00 PM    


Ada yang mencuit hati dalam tempoh berkempen PAS di PRK Pengkalan Kubor. Kali ini calon PAS terpaksa belajar cara lama pemimpin PAS untuk meraih undi setiap kali berkempen untuk piliharaya.

Khabarnya calon PAS sanggup membina sebuah padang bola semata-mata untuk meraih sokongan orang muda untuk mengundi mereka.

Apa yang menarik pembinaannya sudah dilakukan dan calon PAS sendiri dakwa sudah turun melawat - 70% proses pembinaan siap dilakukan.

Tetapi ada yang mendakwa lokasi yang dimaksudkan itu hanya ada kelihatan kesan rataan tanah yang pasti belum sahih itu adalah tapak untuk tujuan pembinaan sebuah padang bola.

Masih ingatkah kita 'batu asas' pembinaan Lebuh Raya Rakyat yang dijanjikan oleh PAS Kelantan - nah kita dihidangkan sekali lagi projek 'mee segera' dari PAS.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.