Sunday, September 21, 2014

#PRKPengkalanKubor : Peluang BN di Pengkalan Kubor makin baik

pilihanraya kini     11:30 AM    

Peluang Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor semakin baik berdasarkan kempen yang telah dijalankan sejak seminggu lalu.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk meletakkan keyakinan yang tinggi kerana tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor masih berjalan sehingga tengah malam 24 September ini.

Beliau berkata, harapan tersebut berdasarkan lima faktor yang diterima baik oleh pengundi di kawasan itu terutama pemilihan calon.

"Kita memilih calon yang baik. Bagi saya kalau kita meletakkan ketiga tiga calon di hadapan, pe ngundi boleh buat pertimbangan sendiri atas dasar latar belakang, kelulusan dan pengalaman.

"Kedua, proses kempen dilaksanakan dengan berhemah, kita tidak hentam peribadi sesiapa. Ketiga, jentera kita sendiri bergerak ke semua kawasan, kita buat kajian di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) sejauh mana sokongan yang kita dapat.

"Keempat, penjelasan terhadap isuisu yang bagi saya amat penting supaya tidak salah faham dan terakhir, tidak ada masalah calon atau jentera di peringkat bahagian sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat di sini hari ini.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.