Thursday, September 18, 2014

#PRKPengkalanKubor : Pengkalan Kubor dilanda ribut

pilihanraya kini     3:00 PM    


Sebatang pokok tumbang akibat ribut kuat berdekatan Pos Barisan Nasional (BN) Pusat Daerah Mengundi (PDM) bahagian Kota Bharu di Kampung Pengkalan Kubor dan Kampung Talang di sini, kira-kira jam 6 petang tadi.
Difahamkan, ribut kuat itu juga menyebabkan bekalan elektrik di beberapa kawasan terbabit terputus termasuk di Pusat Media yang menjadi tumpuan warga media menjalankan tugas.
Selain itu, sebatang pokok juga tumbang menghalang lalu lintas dekat Kampung Tujuh, di sini, iaitu laluan dari Tumpat ke Kota Bharu. 

Bagaimanapun laluan terbabit dapat dilalui selepas 30 minit penduduk dan anggota polis yang berada di tempat kejadian bertindak memotong dahan dan batang pokok rhu berkenaan.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.