Monday, September 15, 2014

#PRKPengkalanKubor : Royalti tidak disebut dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974

pilihanraya kini     2:35 PM    



Royalti hanya mitos kerana tidak pernah disebut dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974, kata Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad.
Beliau berkata yang disebut di dalam akta tersebut adalah bayaran tunai dan ia diberi kepada negeri di mana gas atau petroleum itu ditemui.
"Dalam Akta Kemajuan Petroleum tak pernah sebut bayaran royalti, (tetapi) yang disebut adalah bayaran tunai kepada negeri itu atau kerajaan negeri itu.
"Sekarang (bayaran tunai) itu tertakluk kepada definasi negeri itulah (layak atau tidak mendapat bayaran tunai),"katanya.
Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Kewangan berkata kerajaan negeri Kelantan tidak berhak ke atas lima peratus bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dijumpai dan dikeluarkan dari kawasan perairan yang melebihi tiga batu nautika dari garis air surut ataupun persisiran pantai negeri.
Bagaimanapun, kerajaan Pusat mengambil langkah sementara dengan mewujudkan Program Wang Ehsan sehingga isu tuntutan oleh kerajaan negeri Kelantan diputuskan oleh mahkamah, kata Md Alwi yang juga ADUN Kok Lanas.
Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu ceramahnya malam semalam berkata lebih RM590 juta telah diberikan kerajaan Pusat kepada Kelantan sejak 2005 hingga 2013 kecuali 2008 bagi menampung kekurangan akaun mengurus kerajaan negeri yang defisit.-14/9/2014
Gambarfail: Tindakan biadap kumpulan R yang mempermainkan patung Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamad kononnya untuk menuntut royalti. 

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.