Sunday, September 14, 2014

#PRKPengkalanKubor : Shafie nafi kenyataan Nik Aziz

pilihanraya kini     5:20 PM    


Keputusan Umno memilih Mat Razi Mat Ail yang mempunyai latar belakang agama sebagai calon PRK Dun Pengkalan Kubor bukan bertujuan untuk meraih undi semata-mata, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

“Dalam parti Umno kita tidak mengetepikan ustaz sebaliknya bersama mereka bagi memperjuangkan misi dan visi parti iaitu mempertahankan agama Islam dan bangsa Melayu.

“Sebagai contoh, Mat Razi, seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian dan Penolong Pegawai Pendidikan Tumpat. Beliau juga seorang tokoh agama yang dihormati termasuk menjadi pengasas kepada sebuah sekolah pondok.

“Walaupun AJK Umno, tetapi dia boleh mendirikan sebuah sekolah pondok. Kenapa, orang Umno tidak layak untuk dirikan sekolah pondok? Kalau Umno tidak memilih agama, mereka kata Umno kafir pula dan begitulah sebaliknya,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Nik Aziz sebelum ini mempertikaikan tindakan Umno memilih calon yang mempunyai latar belakang agama kerana parti itu didakwa tidak memartabatkan Islam.

1 comments :

Anonymous said...

Hampir semua pemimpin parti itu adalah pencaci & pemfitnah professional. Mereka mencari pengaruh, sokongan & berkuasa bukan kerana kebijaksanaan. Tidak bercakap utk membawakan kebajikan & peluang kpd rakyat sebaliknya memperlekahkan kebaikan yg orang lain buat.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.