Tuesday, September 23, 2014

RM1.2 juta untuk naik taraf masjid dan surau di Pengkalan Kubo

pilihanraya kini     3:23 PM    

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM1.2 juta bagi membaiki dan menaik taraf tiga buah masjid dan dua buah surau di Pengkalan Kubor.
Pengerusi Barisan Nasional Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan khas itu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada jemaah masjid dan surau.
"Daripada jumlah itu, sebanyak RM500,000 diagihkan kepada Masjid Simpangan, RM300,000 bagi Masjid Pak Keral dan RM300,000 lagi bagi Masjid Huda di Pengkalan Kubor,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek RM50,000 kepada Surau Haji Daud, Geting di sini hari ini.
Mustapa berkata, Surau Mat Amin, Kampung Ketil turut menerima jumlah sama.
Tambah beliau, bagi pihak penduduk Pengkalan Kubor amat bersyukur dengan keperihatinan kerajaan memartabatkan institusi masjid dan surau di negeri ini selain menambah baik kemudahan.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.