Thursday, September 11, 2014

Wan Rosdi calon Pas di Pengkalan Kubor?

pilihanraya kini     5:00 PM    


 Setiausaha Pas Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim adalah nama yang disebut paling layak menjadi calon Pas bagi PRK Dun Pengkalan Kubor.

Menurut sumber dalaman Pas, pemilihan Wan Rosdi itu dilakukan setelah calon yang diura-urakan sebelum ini, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar menolak dan mahu calon tempatan diberi peluang.

"Pada asalnya nama Kamaruddin ke hadapan, namun dia menolak dan menyarankan calon tempatan. Oleh itu, Wan Rosdi yang juga Penyelia Dun Pengkalan Kubor merupakan calon yang terbaik memandangkan dia penduduk tempatan, selain mesra dengan masyarakat setempat,” katanya, semalam.

Dalam pada itu Kamaruddin ketika dihubungi mengucapkan terima kasih kepada ahli Pas yang menyuarakan hasrat untuk mencalonkan beliau.

“Pada saya, lebih elok jika pimpinan Pas di Dun berkenaan diberi peluang untuk bertanding kerana mereka juga layak untuk mengisi kekosongan kerusi ini,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati jentera PR di Pengkalan Kubor juga rata-rata bersetuju Wan Rosdi diberi peluang untuk bertanding kerusi Pengkalan Kubor.

Dalam pada itu, ketika ditemui, Wan Rosdi tetap berpendirian pemimpin lain lebih layak untuk dipilih mewakili Pas.

Bagaimanapun, beliau akur jika pucuk pimpinan  memilih beliau untuk bertanding.

“Kita orang Pas sudah terdidik untuk akur dengan keputusan dan kepercayaan diberikan pimpinan atasan. Apabila sampai satu tahap, kita perlu akur, jika itu yang diharapkan demi kebaikan parti,” jelasnya.

Katanya, beliau tidak mengharapkan sebarang kedudukan atau jawatan sepanjang bekerja untuk parti.

“Soal minat atau tidak, tidak timbul, tapi jika itu kehendak parti, kita terima demi kebaikan semua,“ katanya.

-SINAR-

1 comments :

Anonymous said...

Sapodio?
Tok kenal pong.

Buleh ko janji tak tutup pintu rumah kalu rakyat di rumah?
Ko nk jadi supo YB tahun 1999?

Hahaha..

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.