Monday, September 22, 2014

Wanita UMNO Berkempen Secara Realistik Di #PRKPengkalanKubor

pilihanraya kini     10:45 PM    

Pergerakan Wanita UMNO menggunakan pendekatan kempen secara realistik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor iaitu bertindak mengenal pasti masalah rakyat dan menyelesaikannya.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata menerusi pendekatan itu, antara lain, mereka akan memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan di kawasan pilihan raya kecil berkenaan.

"Kita punya politik bukan politik retorik atau nak maki hamun orang atau nak fitnah. Rakyat di sini masih ramai yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan, jadi itu politik kita, untuk bantu mereka dan tingkatkan taraf hidup mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sepetang Bersama Usahawan Muda di Tumpat, Isnin.

Shahrizat berkata jika calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail diberi peluang menjadi wakil rakyat, beliau mampu mengubah dan menyediakan kemudahan infrastruktur di kawasan Pengkalan Kubor.

PRK itu, yang diadakan berikutan kematian ADUN Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar (BN) pada 20 Ogos lepas, yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mat Razi, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary pada Khamis ini.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.