Friday, October 31, 2014

#justice4saiful : Mahkamah Dengar Hujah pendakwaan kes liwat Anwar hari ini Artikel

pilihanraya kini     4:31 PM    

PUTRAJAYA - Pendengaran rayuan terakhir Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membebaskan beliau daripada pertuduhan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, memasuki hari keempat hari ini, dengan pihak pendakwaan memulakan hujah balas terhadap alasan rayuan pihak pembelaan.
Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menetapkan pendengaran rayuan sehingga Isnin.
Semalam, ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, hanya beliau akan berhujah terhadap isu yang dibangkitkan pihak pembelaan.
Pihak pembelaan selesai berhujah selama tiga hari di hadapan panel hakim yang turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Mahkamah telah mendengar hujah pihak pembelaan diketuai peguam utama Anwar iaitu Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan peguam N. Surendran, Sangeet Kaur Deo dan Ramkarpal Singh. - Bernama


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.