Tuesday, October 28, 2014

#LIWAT : "ANWAR IBRAHIM SUDAH SEDIA" - RAFIZI RAMLI

pilihanraya kini     3:43 PM    



Putrajaya: Ahli Parlimen Pandan yang juga merupakan Setiausaha Agung PKR yang baru berkata Anwar Ibrahim Dari segi mentalnya sudah sedia untuk ke penjara dan Parti Keadilan juga sudah bersedia dengan apa-apa kemungkinan yang berlaku.

Berucap ketika ditemui media di perkarangan istana Kehakiman Putrajaya pagi tadi juga berkata Anwar tidak memberikan amanat terakhirnya dan kali terakhir beliau berjumpa dengannya adalah ketika Solat Hajat di kediaman Anwar Ibrahim malam tadi.

Pendengaran rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu kerana didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan, bermula Selasa.

Pendengaran terakhir ini sudah tentunya tidak dapat lari daripada kehadiran anggota parti dan penyokong-penyokong Anwar.

Skuad Timbalan Setia Angkatan Muda Keadilan (AMK) merupakan kumpulan penyokong yang tiba paling awal iaitu kira-kira pukul 7.30 pagi.

Timbalan Ketua AMK Dr Afif Bahardin yang memimpin kumpulan ini berkata kumpulan yang terdiri daripada 200 anggota ini hadir dengan tujuan membantu pihak berkuasa memantau dan membuat kawalan khususnya terhadap pimpinan parti dan penyokong.

Sebaik tiba, kumpulan ini membacakan doa sebelum diberikan taklimat oleh ketua mereka.Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sekiranya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai anggota parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang anggota parlimen boleh dibatalkan sekiranya beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000.

Ini merupakan kes liwat kedua terhadap Anwar.

Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos, 2000.

Sumber : http://www.tv14.my/2014/10/28/rafizi-dakwa-anwar-sedia-ke-penjara/


2 comments :

Anonymous said...

Sebenar nya ada hikmah. Anwar boleh menjalankan kursus keinsafan atau taubat nasuha

Anonymous said...

Saya sokong kalau Anuwar dipenjarakan.. sekurang-kurangnya Anuwar boleh menginsafi kesilapan dan tahu menghargai erti kebebasan yang sebenar.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.