Thursday, November 27, 2014

#PAU2014 : 2,752 Perwakilan Mulakan Perhimpunan Agung UMNO 2014

pilihanraya kini     10:42 AM    



Perhimpunan Agung UMNO 2014 dimulakan dengan mengumpulkan seramai 2,752 orang perwakilan yang berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam laporannya memaklumkan jumlah ahli UMNO adalah seramai 3,477,365 orang dengan bilangan cawangan sebanyak 21,332 buah.

“Sebagaimana tahun lalu, bilangan ahli teramai berjumlah 527,946 orang diterajui oleh Negeri Sabah manakala Bahagian yang mencatat bilangan ahli tertinggi ialah Silam Sabah, dengan jumlah ahli seramai 50,094 orang sementara keahlian cawangan teramai dengan jumlah ahlinya 1,795 orang masih juga didahului oleh Kampung Tinosa Jaya /Libaran,” katanya.

Jelas beliau, persiapan bagi menjayakan Perhimpunan Agung UMNO 2014 berjalan lancar yang bermula dari ahli-ahli UMNO di akar umbi iaitu di peringkat Cawangan dan Bahagian termasuklah Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

“Ini adalah tanggungjawabnya berteraskan kepada apa yang telah digariskan dalam Perlembagaan UMNO dan Peraturan Persidangan parti.”

Beliau juga memaklumkan seramai 117 orang delegasi yang mewakili 31 parti melibatkan 21 buah negara turut hadir selain penglibatan media massa seramai 1,452 petugas terlibat membuat liputan dalam persidangan ini. – MediaUMNO

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.