Wednesday, November 26, 2014

#Pau2014 : 7 Langkah Perubahan Umno Yang Dicabar TPM

pilihanraya kini     11:33 AM    


Dalam ucapan Timbalan Presiden UMNO merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2014, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menggariskan 7 langkah perubahan yang perlu diambil oleh anak muda UMNO sekiranya hendak terus kekal releven pada PRU-14 kelak.

7 Langkah Perubahan yang dinyatakan adalah seperti berikut:

1. UMNO perlu melahirkan pemimpin muda yang menjadi peneraju pemikiran.Pemimpin muda yang mampu untuk berkhidmat kepada rakyat dan pada masa yang sama mempunyai idealisma yang tinggi harus diberikan peluang dan bukannya diketepikan oleh parti.

2. UMNO perlu melakukan pencarian bakat. Golongan profesional seperti peguam, doktor, agamawan, ahli akademik yang mempunyai pengaruh ke atas masyarakat boleh dilantik ke dalam unit-unit dan bahagian di dalam parti. Mereka juga boleh dipertimbangkan untuk menjadi calon dalam pilihanraya dan tidak semestinya berjawatan tinggi di dalam parti.

3. Wujudkan model pengkaderan dan latihan untuk melatih pemimpin muda.mereka ini perlu diberikan pengisian dan roh perjuangan parti dan kekuatan mental untuk bernai ke hadapan dan petah berhujah. Mereka ini juga boleh dijadikan kumpulan pemikir muda UMNO.

4. Semarakkan program kesukarelawanan. UMNO perlu memanfaatkan peluang yang ada untuk bersama dengan masyarakat. Penglibatan di dalam NGO yang tidak semestinya berteraskan semata-mata politik juga harus diceburi. Buangkan rasa sombong dan kekok untuk bersama dengan rakyat.

5. Wujudkan institusi penaziran sepenuh masa di dalam UMNO. Penaziran secara bebas perlu dilakukan kepada setiap peringkat parti termasuk juga Majlis Tertinggi UMNO sehinggalah kepada peringkat bahagian dan cawangan sekiranya perlu. Laporan penaziran ini akan terus disampaikan kepada Timbalan Presiden parti dan juga Presiden Parti. Namun, bukanlah tindakan disiplin yang akan diambil sekiranya masalah dikesan di bahagian. Satu gerak kerja tumpu untuk membantu bahagian tersebut untuk menyelesaikan masalah tersebut akan diadakan. Tan Sri Muhyiddin juga mencadangkan supaya akan adanya bahagian-bahagian tumpuan yang menjadi fokus.

6. Gerakan Revolusi Mental 2.0. Tan Sri Muhtiddin menjelaskan bahawa setiap ahli UMNO perlu melakukan gerakan revolusi seperti mana yang pernah dinyatakan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dahulu. Pencernaan idea baru dalam ekonomi, pemikiran budaya diperlukan bagi memajukan UMNO ke hadapan. Beliau turut merujuk kepada penguasaan ilmu dan juga mentaliti ke hadapan yang perlu digarap oleh setiap lapisan UMNO untuk mengekalkan UMNO sebagai parti pembela orang Melayu.

7. UMNO perlu bangkitkan gerakan kesedaran nilai undi. Setiap peringkat dan juga sayap parti harus menggandakan usaha untuk mendaftarkan pengundi baru. Sasaran gerakan haruslah diberikan kepada ahli UMNO yang layak untuk mengundi tetapi masih belum mendaftar mengundi


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.