Thursday, November 27, 2014

#PAU2014 : AHLI MESTI BERSATU DALAM SATU SAFF!!

pilihanraya kini     12:09 PM    


KUALA LUMPUR - UMNO yang kini mempunyai 3.47 juta ahli mesti bersatu dalam satu saf dan terus bertunjangkan pada cogan kata 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' bagi memastikan kelangsungan parti.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, penyatuan itu jika diterjemahkan akan menjadi tonggak kekuatan kepada UMNO untuk memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Bukan sahaja dalam perhimpunan ini kita membincangkan hala tuju parti tetapi juga untuk hari-hari seterusnya agar kesinambungan perjuangan yang kita dokong akan terus diwariskan kepada anak cucu kita kelak.
"Marilah kita bersatu, bersetia, berkhidmat dengan azam sepakat untuk
kemenangan PRU14," katanya di hadapan 2,752 perwakilan dari seluruh negara.
Perhimpunan tahunan parti tonggak Barisan Nasional (BN) itu turut dihadiri pemimpin-pemimpin parti komponen dan 117 delegasi parti politik negara luar. - Bernama
Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1127&pub=Kosmo&sec=PERHIMPUNAN_AGUNG_UMNO_2014&pg=um_05.htm

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.