Saturday, November 29, 2014

#PAU2014 : AKTA HASUTAN WAJIB ADA

pilihanraya kini     1:46 PM    



Akta Hasutan 1948 memang seharusnya dikekalkan bagi memelihara keamanan negara yang dibina sejak Malaysia mencapai kemerdekaan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, janganlah disebabkan kehendak golongan minoriti yang ingin akta itu dihapuskan, golongan majoriti terkena tempiasnya akibat huru-hara selepas ketiadaan akta tersebut.

“Saya nak jelaskan bahawa pihak pembangkang sengaja mahu memanupulasikan pengunaan Akta Hasutan ini dengan mengatakan bahawa kita gunakan akta ini terhadap musuh-musuh politik kita (UMNO) yang mengritik kita dan sebagainya.

“Inilah yang digambarkan mereka termasuk di luar negara supaya tekanan antarabangsa dikenakan terhadap negara kita tetapi sebenarnya, dakwaan mereka ini tidak betul.

“Selama ini pun tidak pernah akta ini digunakan untuk menggenakan musuh-musuh politik kita. Cuba kita tengok, di dalam Akta Hasutan memang jelas iaitu tidak boleh menghasut untuk mengulingkan kerajaan dengan perkara yang tidak sah, itu salah tetapi berapa kali pihak pembangkang menghasut rakyat untuk berarak di jalanraya untuk mengulingkan kerajaan,” ujarnya mengulas ucapan Presiden UMNO yang mengumumkan Akta Hasutan 1948 dikekalkan di Perhimpunan Agung UMNO.

Sebagai contoh tambahnya, Naib Presiden PKR, Tian Chua beberapa kali keluar dalam blog dan media sosialnya menetapkan tarikh mengajak rakyat menggulingkan kerajaan yang dipimpin Perdana Menterti, Datuk Seri Najib.

“Kalau nak tukar kerajaan, kita kena tunggu lima tahun lagi tetapi apabila dia kata kita mestu tukar kerajaan sekarang, tentulah caranya tidak melalui cara pilihanraya dan cara itu mestilah dengan cara lain, cara yang tidak sah.

“Itupun, sehingga ke hari ini tidak ada sesiapun yang ditangkap sebab politik. Ini kerana kita nak gunakan Akta Hasutan ini kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemarahan di kalangan kaum dan agama ini”, katanya.

Jelas beliau lagi pihak minoriti menganggap akta ini melindungi orang Melayu semata-mata sedangkan hakikatnya semua perkara itu dilindungi oleh Perlembagaan,

“Dalam Akta Hasutan pun memang jelas perkara Hak Istimewa Orang Melayu tidak boleh dipersoalkan, Hak Raja-Raja dan Agama juga pun tidak boleh dipersoalkan, tetapi jangan lupa bahawa Akta Hasutan ini pun melindungi mereka,” tambahnya.

Jsuteru sekali lagi beliau menegaskan rakyat harus memahami bahawa Akta Hasutan ini akan melindungi semua pihak.

“Belum pun akta ini dihapuskan kita lihat pelbagai penghinaan terhadap agama, kaum dan institusi Raja-Raja Melayu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab atas tiket kebebasan bersuara. Jika tidak ada akta ini, ia boleh menimbulkan pergaduhan dan kekacauan jika tidak dikawal dan sebagainya.

“Bayangkanlah kalau tidak ada akta, rasanya Malaysia yang aman damai dan harmoni ini, mungkin boleh berlaku pergaduhan kaum dan sebagainya. Bagi saya, akta ini memang harus dikekalkan untuk menjaga keharmonian dalam negara dan kita tidak perlu tunduk kepada tekanan negara luar kerana kita lebih tahu apa yang diperlukan oleh negara kita dan negara luar tidak perlu mencampuri urusan negara kita,” ujarnya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. -MediaUMNO

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.