Saturday, November 29, 2014

#PAU2014 : BUKAN BUDAYA MELAYU JADI SAMSENG!

pilihanraya kini     2:33 PM    


"Tidak wujud istilah menghalang mereka Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) daripada berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,".

Demikian respon Ketua Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii terhadap kenyataan Gamis yang mengatakan mereka dihalang oleh Pemuda Umno daripada bertemu PM bagi menyerahkan memorandum pencerobohan tanah warisan Melayu di PWTC semalam.

Mohd Razlan berkata, adalah tidak manis untuk datang bertemu perdana menteri ketika mana PM sedang membuat majlis.

"Pertama ayat menghalang itu saya tidak pasti daripada mana Gamis dapat.

" Apa yang pasti Gamis datang dalam 20,30 orang, datang sambil menjerit-jerit sampai ke hadapan bangunan Tun Abdul Razak Dua ...disitulah titik pertemuan Antara kami dan Gamis dan selepas mereka berada dihadapan dewan kita pergi jumpa mereka.

"Jadi tiada erti halang sebabnya kita tengah bermesyuarat dan saya rasa macam kita pergi kenduri orang kalau kita hendak buat kacau itu maknanya satu budaya tak cantik," katanya kepada Sinar Harian Online di PWTC hari ini.

Mengulas lanjut, Razlan berkata, provokasi datang daripada 'rombongan' Gamis yang datang ke majlis orang dengan cara yang tidak sopan.

"Kita ada video yang menunjukan mereka datang dengan cara kasar, mereka kata hendak jumpa PM hantar memorandum tetapi tak kanlah PM hendak datang sebab beliau tengah bermesyuarat.

"Jadi saya datang dengan dua, tiga wakil Pemuda yang lain untuk mewakili PM," katanya.

Dalam perkembangan yang sama Mohd Razlan berkata, pertemuan mereka dengan Gamis berlangsung dengan baik tidak sepertimana yang digambarkan oleh Gamis.

"Majlis itu berlangsung dengan baik dan bersurai dengan baik, tidak pastilah kalau Gamis terus berdemo di situ," katanya.

Oleh itu, Mohd Razlan berkata, isu Kampung Chu Badak tidak perlu lagi dipolemikkan kerana Pemuda Umno juga turut prihatin mengenai isu tersebut.

"Jadi cukuplah polemikkan isu ini, lagipun penduduk Kg chubadak sudah 400 keluarga dapat penempatan. Cuma menunggu masa untuk berpindah rumah baru.

"Harap ada jalan penyelesian,kita sendiri juga pernah berjumpa perjumpaan wakil penduduk tersebut.

"Cuma satu pesanan saya kepada Gamis gunalah saluran yang ada bagi serah memorandum , kita ada saluran Jabatan Perdana Menteri. Jadi jangan ganggu majlis orang, jangan terkejut jika orang kacau majlis kita nanti," katanya.

Sinar Harian


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.