Friday, November 28, 2014

#PAU2014 : Guna Aplikasi IT, Ikuti Persidangan Nasional

pilihanraya kini     12:32 PM    



KUALA LUMPUR : Aplikasi IT UMNO (AIU) mengandungi semua maklumat dan input lengkap berkaitan atur cara mudahkan pemantauan aktiviti persidangan UMNO kali ini dan terdahulu.

Pengarah Pengurusan dan Analisis Maklumat(AIU), Lokman Noor Adam berkata, perisian ini memyediakan pelbagai input melalui sudut info seperti ruang komentar, statistik, santai, salam hi dan koleksi teks ucapan perwakilan.

“Para pewakilan boleh menyemak senarai perwakilan yang hadir menerusi aplikasi direktori begitu juga senarai Ahli Majlis Tertinggi serta alamat pejabat UMNO Bahagian,” katanya lagi.

Jelasnya lagi AIU bukan hanya digunakan untuk perhimpunan sahaja tetapi akan digunakan dari semasa ke semasa sehingga pengajuran persidangan seterusnya.

“Kita juga menyediakan ruangan ‘selfie’ dengan arahan tertentu sebagai contoh selfie bersama veteran UMNO bagi menggalakkan pengenalan dengan ahli-ahli lain,”katanya.

Lokman berkata, perisian seperti permainan, tayangan video dan gambar-gambar sepanjang peristiwa yang berlaku selain daripada program, akan dilaksanakan kelak.

Ujarnya lagi, aplikasi ini merupakan ruangan buat perwakilan bagi memberi maklum balas tentang persidangan yang berlaku untuk penambahbaikan kelak.

Cetusan idea perisian tersebut adalah daripada Pengerusi Biro IT UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi memudahkan urusan seluruh perwakilan.

“Aplikasi ini amat mudah bagi semua dan tidak perlu memegang kertas program kerana semua input terdapat di dalamnya,” ujarnya.

Bagi perwakilan yang berminat boleh memuat turun aplikasi tersebut boleh berbuat demikian melalui appstore dan Google play dengan mencari ‘Aplikasi IT UMNO (AIU) untuk berdaftar.

“Jika anda menyertai perhimpunan kali ini, boleh dapatkan bantuan sukarelawan yang bertugas, iaitu seramai 161 sepanjang masa bagi membantu ahli UMNO memuat turun AIU berkenaan yang terbuka kepada ahli UMNO sahaja,” katanya.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.