Thursday, November 27, 2014

#PAU2014 : Inti pati UcapanKetua Pergerakan Wanita UMNO

pilihanraya kini     3:50 PM    


Inti pati Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Wanita
 
1.    Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengibaratkan Wanita UMNO seperti tulang belakang denyut nadi yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam menghadapi pembangkang.
2.    Wanita UMNO sentiasa menyokong kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Presiden dan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohammad Yassin sebagai Naib Presiden.
3.    Ucapan dasar Ketua Pergerakan Wanita menyentuh perkara berikut:
a.     Akta Hasutan 1948
b.    Tanah Rizab Melayu
c.    Kontrak Sosial yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
d.    Pelan transformasi perkhidmatan awam
e.    Peranan sektor swasta
f.     Pelaksanaan undang-undang syariah
g.    Pendidikan
h.    Ekonomi
4.    Akta Hasutan
a.    Berdasarkan maklum balas yang diterima, terdapat empat (4) pandangan berlainan Akta Hasutan 1948 iaitu:
                                          i.    Akta Hasutan dikekalkan dengan sedikit pindaan
                                        ii.    Akta Hasutan dihapuskan
                                       iii.    Akta Hasutan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional
                                       iv.    Akta Keharmonian Nasional diwujudkan sebagai akta baru di samping Akta Hasutan dikekalkan
b.    Wanita UMNO tidak bersetuju Akta Hasutan 1948 dihapuskan.
c.    Kempen mendapatkan satu juta tandatangan digerakkan bagi menggesa kerajaan supaya tidak memansuhkan akta ini. Tandatangan ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri sebagai memperlihatkan betapa Wanita memandang serius tentang perkara menghapuskan Akta Hasutan.
d.    Wanita UMNO mendesak kerajaan mengekalkan pemakaian Akta Hasutan 1948 dengan melakukan penambahbaikan yang bersesuaian dengan mengambil kira keperluan menjaga hak-hak seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
e.    Penggubalan Akta Keharmonian Nasional wajar diteruskan penggubalannya bagi tujuan menggalakkan perasaan muhibah, menggalakkan semangat harmoni dan memupuk sikap Melayu di antara semua kaum.
5.    Tanah Rizab Melayu
a.    Tanah rizab Melayu merupakan satu daripada ciri-ciri dalam Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan untuk mempertahankan kedudukan istimewa kaum Melayu.
b.    Wanita UMNO menggesa Kerajaan Negeri memastikan semua tanah-tanah rizab Melayu yang telah diambil diganti wajib semula.
c.    Ini kerana terdapat beberapa negeri di mana Tanah Rizab Melayu kian terhapus tanpa gantian wajib dan jika diganti, tanah gantiannya tidak setaraf dari segi nilai komersialnya.
d.    Wanita UMNO mencadangkan supaya pindaan undang-undang dibuat dengan memberi kuasa kepada Peguam Negara bagi membuat petisyen untuk Kerajaan Negeri mengganti semula tanah yang telah diambil.
6.    Kontrak sosial
a.    Wanita UMNO tidak akan berkompromi dengan individu yang mahu menggugat atau mempertikai agama Islam sebagai agama rasmi, hak keistimewaan Raja-raja, hak keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
b.    Sebagai orang Melayu dan Bumiputera yang mempunyai tanggungjawab untuk hidup dengan harmoni bersama bangsa lain, Wanita UMNO memohon supaya sesiapa tidak mempersoalkan kerakyatan dan kewarganegaraan bangsa seperti kaum Cina dan India yang lahir di sini.
7.    Pelan transformasi perkhidmatan awam
a.    Ucapan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara atas pelaksanaan pelan transformasi perkhidmatan awam.
b.    Ucapan terima kasih juga kepada pegawai perkhidmatan awam di atas peningkatan prestasi perkhidmatan awam.
8.    Peranan sektor swasta
a.    Ucapan terima kasih kepada pihak swasta, ahli korporat dan profesional di atas perkongsian pengalaman dan transformasi sumbangan dalam melaksanakan pelaburan dn projek yang menyokong Wawasan 2020.
9.    Pelaksanaan undang-undang syariah
a.    Isu yang menekan golongan wanita adalah penangguhan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah kepada pihak yang dituntut.
b.    JAKIM dicadangkan supaya dapat melihat semula pelaksanaan semua hukuman yang dijatuhkan kerana banyak hukuman dijatuhkan hanya di atas kertas semata-mata (paper judgement).
10. Pendidikan
a.    Aspirasi pendidikan seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 adalah sangat jelas.
b.    Kementerian Pendidikan telah memastikan semua kanak-kanak warganegara mendapat peluang pendidikan bertaraf dunia.
c.    Dicadangkan agar Kementerian Pendidikan menentukan pelan pendidikan Malaysia ini menjadi kenyataan dan tidak menghampakan harapan ibu bapa yang menyerahkan nasib anak muda di tangan Kementerian Pendidikan.
d.    Bahasa adalah pengikat utama. Dalam memastikan pengusasaan bahasa Melayu dipertingkat dan dimartabat, Kementerian Pendidikan turut dipohon untuk menjadikan Bahasa Arab atau Mandarin atau Tamil sebagai mata pelajaran elektif yang wajib dipilih salah satu di semua Sekolah Rendah dan Menengah oleh semua murid bagi mewujudkan masyarakat yang berkemahiran untuk berkomunikasi dalam pelbagai Bahasa.
11. Ekonomi
a.    Wanita UMNO memohon kerajaan untuk membangunkan satu pengkalan data usahawan wanita dan untuk setiap program yang dilaksanakan oleh agensi-agensi pembangunan usahawan, penyertaan wanita hendaklah mencerminkan satu tahap yang tinggi dan membanggakan.



0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.