Thursday, November 27, 2014

#PAU2014 : INTI UCAPAN KETUA PEMUDA UMNO

pilihanraya kini     12:16 PM    



Inti Sari Ucapan  :

1. Memaklumkan teras kontrak sosial yang berkaitan dengan isu warga negara dan sekolah vernakular. 

2. Walau apa pun nama baru yang diberi bagi Akta Hasutan, Pemuda mahu kuasa yang ada dalam akta ini dikekalkan dan jadi perisai untuk semua. 

3. Beliau kesal bila masih ramai peserta PLKN, yang tak mampu bertutur dalam Bahasa Kebangsaan, terutama mereka yang memilih sekolah vernakular. 

4. Bersetuju sekolah vernakular diteruskan, tapi buatlah sesuatu untuk mengukuhkan perpaduan nasional. Pastikan murid-murid di sekolah vernakular fasih dalam bahasa kebangsaan. 

5. Memaklumkan pendapatan orang Melayu masih rendah berbanding kaum lain. Pelaburan purata orang dalam Amanah Saham hanya RM600. 

6. Orang Melayu berada paling depan dalam gejala sosial. Seperti penagih dadah, kes buang bayi, sumbang mahram dan jenayah jalanan. 

7. Soal tanah rizab Melayu, Pemuda menggesa agar Enakmen Rizab Melayu Negeri-negeri dikuatkuasakan sepenuhnya. Semak semula senarai tanah rizab yang di warta keluar dan memastikan tanah-tanah tersebut digantikan dengan segera. 

8. Pemuda juga mencadangkan agar diwujudkan Majlis Amanah Tanah Melayu melibatkan semua negeri. Majlis Amanah ini juga harus bertanggungjawab memastikan pembangunannya. 

9. Soal pemilikan hartanah Melayu terutama di kawasan bandar mencadangkan tempoh jual kuota bumi dilanjutkan selama 3 bulan lagi. Dalam tempoh ini, Pemuda mencadangkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diberi peluang untuk mencari pembeli bumiputera atau terus menjual unit-unit tersebut kepada GLC-GLC. 

10. Beri peluang Melayu berniaga di ruang kedai di pusat beli belah di bandar raya besar.

11. Soal kemahiran dan pendapatan profesional Melayu. Mencadangkan program-program di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera perlu ditambah. Pemuda mahu ramai anak muda Melayu ada pentauliahan profesional. 

12. Isu diskriminasi di tempat kerja. Masih ada lagi majikan mempromosi jawatan kosong, khusus untuk satu bangsa sahaja. Sudah tiba masa Kerajaan mewujudkan akta anti-diskriminasi dalam pengambilan pekerja. 

13. GLC pula perlu ingat kepada agenda Bumiputera yang digalas dan wajib disempurnakan. Ketua Pegawai Eksekutif di GLC diwajibkan meletak sasaran ke atas penyertaan bumiputera, dan ini dimasukkan sebagai KPI kepada C.E.O-C.E.O tersebut. 

14. Isu perolehan kerajaan dan agenda Bumiputera. Terdapat syarikat Bumiputera yang memandai mengambil peluang. Bila dah dapat kontrak kerajaan eksklusif untuk bumiputera, dijualnya kontrak ini kepada syarikat bukan bumiputera. 

15. Pemuda bersetuju dengan cadangan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) untuk menubuhkan satu agensi perakuan di bawah SPRM untuk memastikan fenomena ini dapat dikekang. Pemuda juga bersetuju agar syarikat-syarikat yang buat perangai dapat disenaraihitamkan.

16. Isu ekstremisme yang menyalahgunakan agama untuk menghalalkan pembunuhan dan kemusnahan. Kumpulan militan Islamic State (IS) memimpin anak muda kita ke arah durjana. Mereka perlu dididik tentang pegangan Wasatiyyah, 

17. Beliau memberi satu tugasan, satu KPI kepada pemuda negeri. Sila kenal pasti berapa banyak profesional Melayu; dan berapa banyak anak muda Melayu terlibat dalam gejala sosial, merempit sana sini, dan hisap dadah.

18. Pemuda akan tubuhkan satu sekretariat khas di peringkat pusat bagi membantu pemantauan perlaksanaan agenda Melayu di peringkat akar umbi dengan memperkenalkan Skor Kad Pematuhan untuk agenda Melayu. 

19. Isu perumahan kekal jadi faktor utama kesempitan anak muda. Pemuda menyambut baik Bandar Belia yang diterjemahkan melalui 1Malaysia Youth Cities. Idea yang dibawa Pemuda sendiri akan bermula dengan tiga projek perintisnya, di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, dengan objektif mengikuti naluri kehendak belia. 

20. Mencadangkan Skim Perumahan Belia untuk seluruh negara menjadi skim tahunan. Rumah transit sebanyak 632 unit pun tak cukup dan perlu ditambah. 

21. Pemaju-pemaju juga perlu beri kemudahan bina kemudian jual atau tidak kembalikan Skim Pemaju Tanggung Kadar Faedah (DIBS) untuk golongan muda. Jangan kita rosakkan harapan mereka memiliki rumah pertama dengan hutang bunga dan rumah terbengkalai. 

22. Pemuda juga sambut baik tindakan kerajaan negeri Johor yang menyenaraihitamkan 28 pemaju kerana gagal membina rumah mampu milik. Pemuda rasa amat wajar jika tindakan sebegini diperluas ke seluruh negara.

23. Beliau bimbang kadar anak muda bawah umur 25 tahun yang bankrap pada separuh pertama tahun in, meningkat sebanyak 178% berbanding tahun.

24. Pemuda mencadangkan kerajaan agar mewajibkan semua pemberi hutang menyatakan secara jelas jumlah sebenar kadar bunga mereka. 

25. Pemuda juga menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memastikan pemantauan yang menyeluruh dan berkesan. Jangan kerana peniaga yang mengambil kesempatan mengaut untung beralaskan GST.

26. Untuk membeli kenderaan, Pemuda mengusulkan Skim Kenderaan PertamaKu, di mana anak muda yang berpendapatan kurang RM4000 sebulan boleh beli kenderaan pertama mereka tanpa membayar cukai atau duti eksais. 

27. Pemuda cadangkan transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) memberi fokus kepada belia luar bandar, diberi keutamaan untuk mengikut PLKN versi baharu di mana mereka bukan hanya diterap semangat patriotisme tetapi juga diberi kemahiran. 

28. Pemuda menyokong segala usaha untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan di kalangan belia luar bandar. Program-program seperti Rural Business Challenge di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Agropreneur Muda di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani harus di sokong. 

29. Pemuda cadangkan agar Revolusi Ekonomi Anak Muda Luar Bandar dilancarkan. Gunakanlah 120 ribu hektar tanah terbiar di negara ini.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.