Wednesday, November 26, 2014

#PAU2014 : Kerana Akta Hasutan, Kampung Tergadai Kemudian Hari- Shahrizat

pilihanraya kini     1:19 PM    


Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan kepentingan mengekalkan pelaksanan Akta Hasutan bagi mengelakkan sebarang ancaman keharmonian kepada negara.

Menurut Shahrizat, beliau berhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama barisan menteri kabinet tidak membuat keputusan terburu-buru untuk memansuhkan akta tersebut.
"Saya berharap presiden Umno merangkap perdana menteri serta Kabinet akan berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948. Jangan menang sorak hari ini kampung digadai pada hari esok.

"Nanti jika tangis air mata darah sekalipun kampung tidak akan kembali lagi," katanya dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, jika Akta Hasutan dimansuhkan maka wujudnya pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Shahrizat berkata, melihat daripada situasi peningkatan mendadak terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah p‎ihak mengembangkan niat jahat dan permusuhan antara kaum di Malaysia.

"Melihat kepada perkembangan tidak sihat ini maka timbul tanda tanya apakah masyarakat kita sudah benar bersedia menguatkuasa kebebasan bercakap dan bersuara tanpa sempadan masing-masing.

"Pada masa sama menghormati kebebebasan dan hak asasi orang lain," katanya.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.