Wednesday, November 26, 2014

#PAU2014 : SHILA HAMZAH IKON WANITA MUDA UMNO

pilihanraya kini     1:38 PM    



Penyanyi Shila Amzah menerima anugerah Ikon Wanita Muda 2014 pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Pergerakan Puteri UMNO memilih Shila Amzah atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah sebagai penerima anugerah berkenaan kerana pencapaiannya dalam bidang nyanyian yang berjaya menaikkan nama negara.

Antara pencapaian Shila ialah Finalis Anugerah Juara Lagu ke-27, finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 dan juga Anugerah Industri Muzik 2013.

Bagaimanapun, Shila tidak dapat hadir bagi menerima anugerah itu kerana berada di luar negara.

Anugerah itu disampaikan kepada wakilnya iaitu bapa Shila, ND Lala.

Shila dalam satu mesej khidmat pesanan ringkas berterima kasih kepada Puteri UMNO kerana memilihnya sebagai Ikon Wanita Muda bagi tahun ini.

Dia menyifatkan anugerah itu sebagai pemberian yang besar dan dia sangat gembira kerana terpilih.

“Terima kasih kepada kepimpinan Puteri UMNO kerana memilih saya. Di kesempatan ini, saya ucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan Puteri UMNO,” katanya.

Shila juga menyeru agar wanita muda supaya menyokong Ketua Puteri UMNO Bahagian masing-masing tanpa putus.

Antara penerima anugerah Ikon Wanita Muda ialah Pelajar Undang-Undang Tahun Akhir Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Maizurah Mokhsein, peniaga dalam talian, Vivy Sofinas Yusof dan atlet Keirin wanita, Fatehah Mustapa.




2 comments :

Anonymous said...

minta tolong sesiapa yg mampu untuk membeli tanah yg berpotensi ini. http://tanahpuchong.blogspot.com mohon perhatian tuan & rakan

Anonymous said...

minta tolong sesiapa yg mampu untuk membeli tanah yg berpotensi ini. http://tanahpuchong.blogspot.com mohon perhatian tuan & rakan

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.