Saturday, November 29, 2014

#PAU2014 : TERAJU Perlu Tingkat Peranan

pilihanraya kini     10:58 AM    


Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) di bawah Jabatan Perdana Menteri diminta meningkatkan lagi peranan mereka sebagai pemacu pembangunan ekonomi Bumiputera.

Wakil Umno Wilayah Persekutuan Datuk Zurainah Musa ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2014 berkata Teraju perlu menyampaikan maklumat kepada orang ramai berkenaan peluang perniagaan dan pembangunan modal insan kepada syarikat Bumiputera di negara ini.

"Teraju pernah mengumumkan mereka ada RM46.5 bilion peluang perniagaan dan pembiayaan bagi syarikat-syarikat bumiputera, bagaimanapun tidak ramai yang mengetahui perkara ini.

"Ia seakan tidak dirasai oleh komuniti Bumiputera" kata Ketua Wanita Cheras itu.

"Penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera merupakan satu unit strategik di bawah Jabatan Perdana Menteri yang berperanan meneraju, menyelaras dan memacu penyertaan Bumiputera melalui pelbagai inisiatif baru dan sedia ada," ujarnya.

Usul ekonomi bumiputera merupakan antara perbahasan paling panas yang dijadikan platform para perwakilan semalam bagi memastikan Umno lebih fokus dalam bersaing bersama kaum lain.

Antaranya termasuk berhubung penggubalan dasar dan polisi kerajaan dan penggubalan semula Dasar Pembangunan Usahawan Nasional (DPUN).

SUMBER : RakyatNews

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.