Thursday, November 27, 2014

#PAU2014 : Ucapan Dasar Presiden UMNO Disulami Persembahan Multimedia

pilihanraya kini     1:13 PM    



KUALA LUMPUR 27 Nov. - Buat pertama kali, ucapan dasar Presiden pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2014 disertakan dengan persembahan multimedia.

Ucapan Presdien UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan kali ini disulami dengan persembahan multimedia selaras dengan era kepimpinannya dalam dunia kesalinghubungan digital.

Paparan dan persembahan tayangan video, gambar rajah dan slaid ternyata menyentuh emosi dan fikiran 2,752 perwakilan pada perhimpunan tahunan itu.

Antara paparan multimedia itu termasuk video laungan Merdeka! oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan insiden pencerobohan pengganas bersenjata dari Selatan Filipina di perairan Pantai Timur Sabah pada Febuari 2013.

Ucapan Najib, yang disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen tempatan turut memaparkan dua tragedi penerbangan yang menjadi tumpuan dunia kini iaitu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lalu dan insiden pesawat MAS Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lepas.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut menggunakan gambar grafik untuk menghuraikan pencapaian ekonomi negara dan peranan Malaysia sebagai fasilitator kepada keamanan untuk konflik di Filipina dan Thailand di bawah perjuangan Umno dan Barisan Nasional, sebagai parti memerintah negara. - BERNAMA

See more at:  http://www.utusan.com.my/berita/nasional/buat-pertama-kali-ucapan-dasar-presiden-umno-disulami-persembahan-multimedia-1.29783#sthash.uqoP4MNR.dpuf

2 comments :

Anonymous said...

minta tolong sesiapa yg mampu untuk membeli tanah yg berpotensi ini. http://tanahpuchong.blogspot.com mohon perhatian tuan & rakan

Anonymous said...

minta tolong sesiapa yg mampu untuk membeli tanah yg berpotensi ini. http://tanahpuchong.blogspot.com mohon perhatian tuan & rakan

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.