Thursday, November 27, 2014

#PAU2014 : WAK DOYOK DI PERHIMPUNAN AGONG UMNO??

pilihanraya kini     4:59 PM    




Makin maju nampaknya Wak Doyok atau nama sebenar Muhammad Azwan, apabila sekarang sudah terlibat dalam bidang politik selepas menyerahkan borang ahli UMNO cawangan Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini.

Terbaru kelibat Wak Doyok iaitu yang juga ikon fesyen anak muda tekenal telah hadir di Perhimpuanan Agung UMNO yang berlangsung sekarang di PWTC.

Menurut sebuah portal Malaysiakini yang menemuramah Wak di kafe Riverside, Wak Doyok berkata beliau datang adalah untuk mendengar ucapan Ketua Pemuda UMNO iaitu sdr Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


“Umur kami tidak jauh sangat jadi saya rasakan kehendak dan aspirasi kami juga tak jauh sangat,” katanya.

Beliau juga hadir ke situ atas undangan pengerusi biro media baru Pemuda Umno, Ibdillah Ishak, selepas beliau menjadi ahli UMNO baru-baru ini.

Wak Doyok secara terbuka menyeru agar golongan muda kembali untuk menyertai perjuagan UMNO

“Kebanyakan Gen Y mereka kurang berminat dengan Umno jadi kita nak tarik balik supaya mereka dekat dengan Umno,” katanya.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.