Monday, November 3, 2014

Sister In Islam Tidak Wajar Diharamkan- Anwar Ibrahim

pilihanraya kini     9:08 AM    



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan mengharamkan badan bukan kerajaan (NGO) Sisters in Islam dan mengatakan pihak berkuasa agama seharusnya membenarkan perbezaan pandangan.
Anwar berkata, walaupun Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berhak untuk tidak bersetuju dengan SIS akan tetapi NGO itu tidak seharusnya diharamkan.
“Pendirian saya adalah seharusnya rakyat bersetuju untuk tidak bersetuju dan terus mengadakan perbincangan dan forum,” kata Anwar kepada pemberita selepas memberikan ucapan di majlis makan malam persidangan demokrat Islam (Muslim democrats' conference) di Petaling Jaya malam ini.
“Tentang fatwa, saya ada keraguan. Mereka boleh tidak bersetuju akan tetapi saya rasa mereka tidak seharusnya mengharamkan perbincangan.”
Anwar turut mempertahankan pendirian Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengenai fatwa tentang SIS dan berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu hanya mengatakan beliau menghormati fatwa tersebut.
Azmin memberitahu pemberita pada majlis sama Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan bertemu dengan SIS berhubung fatwa mengharamkan NGO itu.
Azmin berkata, pertemuan tersebut membenarkan Mais mendengar penjelasan SIS mengenai organisasi mereka.
SIS minggu lalu memfailkan semakan kehakiman dan menamakan tiga responden, Jawatankuasa Fatwa‎ Negeri Selangor, Mais dan kerajaan Selangor kerana menuduh mereka mempromosikan liberalisme agama dan pluralisme yang bercanggah dengan Islam.
Fatwa Selangor pada Julai 2014 menggazetkan SIS dan mana-maana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman "liberalisme" dan "pluralisme" agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Selain itu, mana-mana terbitan yang berunsur pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah diharamkan dan boleh dirampas.
Fatwa itu juga mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak.
Manakala individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam, menurut fatwa tersebut.
Pengarah Eksekutif SIS Ratna Othman berkata, pihaknya juga mahu mahkamah mengiktiraf NGO itu terjamin kedudukannya mengikut Perlembagaan.
"SIS mahu jaminan supaya hak kami perlu ‎dihormati mengikut Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Fatwa itu digazetkan mengikut Bahagian III Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. – 2 November, 2014.

3 comments :

Anonymous said...

Pendapat Anu ar boleh malahan sudah pun menerima "Liberalisme dan pluralisma" dlm Islam. APA KATA PAS? Pas Anggok Sahaja! demi POLITIK.

Anonymous said...

soal pokok seharusnya difahami dan diperhalusi oleh ds anwar sebelum membuat komen berkaitan SIS. itupun jika ds anwar melihat kepada kebenaran Islam dan bukan pluralisme dan liberalisme agama sebagaimana yang menjadi keraguan masyarakat Islam terbanyak malaysia kepadanya. perjuangan SIS perlu dilihat kepada meliberalkan pemahaman Islam. oleh itu SIS wajar dikategorikan dalam kumpulan perosak agama Islam. SIS tidakpun mengganggu kristian, hindu, buddha atau lain2 agama, tumpuannya ialah agama Islam. dalam penilaian majlis fatwa, perjuangan SIS jika dibenarkan akan lebih menggangu gugat nilai2 agama Islam, oleh sebab itu wajar diharamkan. tidak timbul isu meraikan kepelbagaian pendapat dan pandangan. jika pandangan yang menurut syariat ditentang tetapi pandangan liberal diangkat, adakah ia perlu diaraikan? perkara2 yang tidak berkaitan agama wajar kita terima kepelbagaian pandangan dan pendapat, akan tetapi perkara2 syariat dan ketetapan dalam Islam tidak wajar langsung dipertikaikan. ds anwar perlu menjelaskan adakah beliau memang pejuang liberalisme dan pluralisme agama? jawapan beliau akan menjawab banyak persoalan tentang siapa dirinya yang sebenar. janganlah ds anwar berselindung disebalik sehelai daun lalang.

Anonymous said...

Anwar tidak berselindung di sebalik sehelai daun lalang, tetapi beliau berselinding di balik jerejak besi di sG.buluhYANG ITU KITA KENA FAHAM

By: Pak Mat kampug Hulu.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.