Tuesday, December 9, 2014

Akta Hasutan Bukan Alat Sekat Demokrasi

pilihanraya kini     11:37 AM    




Pengekalan Akta Hasutan 1948 bukan untuk menyekat demokrasi atau mencengkam pembangkang, namun untuk memastikan tidak berlaku konflik antara kaum dan agama di negara ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat kerana masih terdapat pihak tidak bertanggungjawab, tidak mengamalkan demokrasi, tidak menghormati antara kaum dan agama sehingga membawa tahap ketegangan yang semakin meningkat.

“Bagaimana kita nak kekalkan keamanan jika polarisasi antara kaum semakin meningkat, kita juga tidak boleh melonggarkan undang-undang. Dan masih ada pihak tidak matang kerana tidak menghormati kaum serta agama sehingga mencetuskan ketegangan.

“Tujuan kita mengambil keputusan mengukuhkan (Akta Hasutan) bukan untuk menyekat demokrasi dan bukan untuk mencengkam pembangkang. Kalau kita lihat pembangkang masih bebas melakukan apa-apa atau menyebar dan menguatkan kedudukan mereka. Ini bererti demokrasi masih segar di Malaysia,” katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di sini, semalam .

Najib turut menggariskan empat perkara perlu diberi perhatian serius oleh penjawat awam dan rakyat dalam bentuk ancaman serta cabaran terutamanya melangkah tahun depan.

“Ketika negara mencapai pelbagai kejayaan yang kita telah capai, saya ingin menarik empat perkara iaitu cabaran keamanan, keharmonian dan keselamatan negara, rasuah, solidariti serta budaya berprestasi tinggi perlu diberi perhatian lebih serius dan fokus,” katanya.

Pada masa sama, Najib mahu kakitangan awam, mengamalkan budaya berprestasi tinggi termasuk soal cara bekerja, inovasi serta kreativiti.

Sumber : Sinar Harian


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.