Thursday, December 4, 2014

Dua Jawatankuasa Kaji Laporan #RCISabah

pilihanraya kini     4:28 PM    


Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi akan mengetuai jawatankuasa tetap Laporan Royal Commission of Inquiry (RCI) sementara Timbalan Ketua Menteri Joseph Pairin Kitingan akan mengetuai panel pengurusan, menurut suatu kenyataan rasmi.
Jawatankuasa Pairin akan mengkaji isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan RCI tentang pendatang tanpa izin di Sabah dan kemudiannya membuat cadangan kepada jawatankuasa tetap.
Laporan yang dibentangkan di Kota Kinabalu mendedahkan bahawa 67,675 pendatang tanpa izin telah diberikan kad pengenalan biru dan 68,703 lagi diberikan kewarganegaraan.
RCI telah ditubuhkan pada 11 Ogos 2012 untuk menyiasat masalah berkaitan dengan kewarganegaraan dan pendatang tanpa izin di Sabah.
Siasatan tersebut berkait rapat dengan Projek IC, iaitu pemberian kewarganegaraan secara sistematik kepada pendatang tanpa izin.
RCI memulakan pendengaran awam di kompleks mahkamah Kota Kinabalu pada 14 Januari 2013 dengan panel juri sebanyak lima orang yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Steve Shim Lip Kiong.
Ahli-ahli panel yang lain adalah Setiausaha Agung Perdagangan Domestik, Koperasi dan Kepenggunaan Saripuddin Kasim, bekas timbalan chancellor Universiti Malaysia Sabah, Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Peguam Negara Herman Luping, bekas Setiausaha Negeri Sabah K.Y. Mustafa dan timbalan pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Henry Chin Poy Wu.
Sebanyak 211 saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan semasa pendengaran yang berakhir 20 Sept 2013.
Antara saksi-saksi tersebut adalah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, ketua pembangkang Anwar Ibrahim, bekas Ketua Menteri Harris Salleh, bekas Ketua Menteri Yong Teck Lee, bekas senator Dr Chong Eng Leong dan bekas tahanan ISA Jeffrey Kitingan.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.