Thursday, December 4, 2014

Gadis Cantik Ditoreh Sebab Dendam Bekas Kekasih?

pilihanraya kini     1:58 PM    


Menurut akaun Facebook yang bernama Eqram Slayerz, Nur Syafiqa ditoreh di muka adalah kerana dendam kesumat.
Bukan kerana kes rogol atau kes samun, itulah yang dimaksudkan oleh tulisan Eqram Slayerz yang menyatakan ianya mungkin perbuatan bekas teman lelaki Nur Syafiqa.
Sejauh mana kebenaran kenyataan dari Facebook Eqram ini tidak dapat dipastikan. Apa yang pasti, pihak polis tentu sudah pun mengadakan siasatan rapi berhubung kes ini.
Polis Kelantan kini sedang memburu dua penjenayah yang dipercayai mencederakan Nur Syafiqah serta ibunya dalam kejadian samun di Wakaf Berangan, Pasir Puteh.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata polis juga sedang mengesan motosikal Yamaha LC125 yang dinaiki kedua-dua suspek terbabit ketika melakukan jenayah berkenaan.
“Kita masih belum mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki suspek bagaimanapun polis yakin akan diketahui dalam sama terdekat,” katanya
Moga orang yang bersalah membuat kerja jahat ini mendapat balasan yang setimpal di dunia dan akhirat.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.