Tuesday, December 2, 2014

KJ : DAP Hanya Ada Pemimpin DAP Sahaja

pilihanraya kini     5:11 PM    
















Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini mengulangi nama Lim Kit Siang sebanyak enam kali untuk menjelaskan DAP hanya dipimpin oleh seorang pemimpin selama beberapa dekad.

Menurut Khairy, ia berbeza dengan Umno yang menukar pemimpin sebanyak enam kali sejak 1969.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan setiausaha politik Lim, Dyana Sofya Mohd Daud, yang mengecam Khairy (kanan) kerana mendakwa parti itu memberi harapan palsu kepada golongan muda Melayu.

Dyana sebelum ini membangkitkan, Umno tidak lagi meletakkan calon bawah umur 35 tahun dalam pilihan raya, tidak seperti zaman Tunku Abdul Rahman.

Menolak kenyataan itu, Khairy menegaskan, sejak 1969 Umno mempunyai enam presiden iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Najib Razak.

"Manakala DAP sejak tahun 1969, hanya mempunyai Kit Siang, Kit Siang, Kit Siang, Kit Siang, Kit Siang, Kit Siang," katanya.


Sumber : Malaysiakini


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.