Wednesday, December 3, 2014

Laporan #RCI Bakal DiBentangkan Petang Ini

pilihanraya kini     1:36 PM    






Apakah pihak berkuasa tidak pernah menahan sindiket PATI di Sabah? Tidak benar, ini contoh satu kes sindiket PATI yang telah diberkas pihak berkuasa.
Sembilan belas lelaki ditahan pada 25 Mei 2012 di sebuah hotel di Tawau. Turut sama dirampas dalam tahan itu adalah :
1) 107 borang pendaftaran membuat MyKad (belum berisi),
2) lima borang yang dilengkapi cap jari dan gambar,
3) sembilan sijil lahir,
4) dua borang Bantuan Rakyat 1Malaysia, satu ‘stampad’,
5) lima buku cek
6) wang tunai RM1,000.
Modus operandi sindiket tersebut adalah dengan menawarkan dokumen berbentuk MyKad asli dan meminta mangsa-mangsa mereka supaya menyerahkan duit di antara RM1,000 – RM5,000, gambar, sijil lahir (jika ada) dan cap jari.
Sindiket juga menyamar sebagai pegawai JPN di Putrajaya dan menggunakan borang-borang pendaftaran yang asli untuk menyakinkan orang ramai supaya mempercayai kegiatan mereka adalah sah di sisi undang-undang.
Ini antara sindiket pemalsuan kad pengenalan yang berjaya ditangkap polis pada tahun 2012. Untuk tanggani permasalahan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah ini satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) telah ditubuhkan pada 1 Jun 2012.
Permasalah PATI di Sabah ini sebenarnya sudah berlarutan sejak tahun 1972 lagi. Masalah ini sudah berlaku sejak 42 tahun yang lepas. Ketika itu Sabah berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri daripada pelbagai ketua menteri dan parti iaitu :
1) Mustpha Harun dari 1967 – 1975 (USNO)
2) Mohamad Said Keruak dari 1975 – 1976 (USNO)
3) Tun Fuad Stephens dari 1976 – 1976 (BN – Berjaya)
4) Harris Salleh dari 1976 – 1985 (BN – Berjaya), 85-86 (PBS)
5) Joseph Pairin Kitingan dari tahun 1985- 1994 (PBS), BN (1986-1990), PBS (1990-94)
6) Sakaran Dandai dari tahun 1994-1994 (UMNO – BN)
7) Salleh Said Keruak dari tahun 1994 -1996 (UMNO – BN)
8) Yong Teck Lee dari tahun 1996-1998 (SAPP – BN)
9) Benard Dompok dari tahun 1998 – 1999 (UPKO – BN)
10) Osu Sukam dari tahun 1999 – 2001 (UMNO – BN)
11) Chong Kah Kiat dari tahun 2001 – 2003 (LDP  – BN)
12) Musa Aman dari tahun 2003 – sekarang (UMNO _ BN)
Sudah 12 Ketua Menteri bertukar, sudah bertukar beberapa parti di Sabah. Sepanjang 42 tahun itulah isu PATI membelenggu di Sabah. Apa yang bakal terbongkar dalam laporan Suruhanjaya pada petang ini?
Ini tuduhan bersifat politik yang telah dibuat oleh Kit Siang dalam Roketkin pada 11 Julai 2014. Tuduhan ini nyata sekali tidak berasas dan hanya bersifat hentam keromo semata mata.
“Tindakan Najib yang terus ‘menyembunyikan’ laporan itu akan menyebabkan kredibilitinya sebagai Perdana Menteri terus merosot.
“Ia hanya akan mengesahkan ketakutan rakyat Sabah bahawa penubuhan RCI itu dua tahun lalu bukanlah usaha jujur kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah yang lama berlarutan itu, tetapi hanya muslihat bagi memenangi undi pada Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu” kata Kit Siang.
Pada 15 Disember 2012, Father Augustus Chen telah bongkar dalam buku The Equity Report bahawa terhadap 547 perwakilan haram dalam CEC DAP.  Kini sudah bulan Disember 2014, sudah hampir 2 tahun. Mana penafian dari Kit Siang tentang perwakilan PATI yang terdapat dalam CEC?
Ternyata kredibiiti Kit Siang bukan sahaja terjejas tetapi sudah hancur lebur. Apakah tindakan Kit Siang sembunyikan laporan ini adalah satu muslihat untuk kekalkan orang orang tertentu dalam DAP?
Beranikah DAP tubuh Suruhanjaya Diraja untuk siasat 547 perwakilan PATI dalam CEC?

SUMBER

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.