Thursday, December 11, 2014

Selamat Berjuang Pahlawanku!! #HarimauMalaya

pilihanraya kini     4:27 PM    



Percaya Atau Tidak?

Hari ini kita rakyat Malaysia pastinya tertunggu- tunggu perlawanan hidup mati skuad Harimau Malaya Piala AFF Suzuki bagi edisi tahun ini 2014. Apa agaknya perancangan jurulatih "magis" kita Dollah Salleh? Siapa barisan hidup mati kita bagi perlawanan timbal balik hari ini? Safee Sali dan Mat Yo bergabung lagi? Lagenda Kelantan Piya16 beraksi buat pertama kali di pentas AFF Suzuki? Berkenaan isu paling  panas pula, adakah penyokong Vietnam akan membuat serangan balas terhadap provokasi yang berlaku perlawanan di Stadium Shah Alam tempoh hari?

Barisan pemain Harimau Malaya

Sejujurnya, dari segi pengalaman, pasukan kita dibarisi pemain- pemain yang cukup matang, "masak" dan "ranum" untuk dibuat acuan. Oleh itu, terus terang boleh saya simpulkan bahawa pasukan Harimau Malaya bagi edisi kali ini ialah pasukan paling berpengalaman. Namun begitu, benarkah pengalaman menjadi ukuran? Benarkah Malaysia kalah pada Ahad lepas disebabkan ketiadaan dua " kuda tua" Amri Yahyah dan Shukor Adan? Kalau betul, apa guna  pengalaman pemain- pemain yang lain? 99% dalam skuad kali ini pernah beraksi dalam pertandingan antarabangsa dan perlawanan berkelas dunia. Adakah mereka masih  berharap semata kepada dua kuda tua tersebut?


"lineup" kemungkinan  malam ini 

Pada jangkaan saya, pasti rombakan besar- besaran akan dilakukan. Percaya atau tidak? Antara pemain yang pasti tidak akan diturunkan ialah Mahali Jasuli, Mat Yo dan Muslim Ahmad. Kenapa saya cakap demikian? Mahali banyak "down", Muslim cepat leka, dan Mat Yo terlalu bergelut nak hasilkan gol. Yang pastinya, kemungkinan besar Piya akan membuat kejutan  dengan penampilan pertama  pada malam ini. Ini barisan kemungkinan saya :


apek

s.kunalan      shukor Adan     Fadli Shas      Zubir Azmi

safiq        gary

azamuddin akil                 amri yahyah                       indra putra

 safee sali

Menang Atau Kalah?

Jujur, malam ini untuk menang dan layak peluang kita masih dalam 50-50. Sebenarnya, pasukan Malaysia ini bukan tidak kuat, tetapi mereka bermain mengikut angin masing- masing. Jadi, berharap sangat Harimau kita malam ini betul- betul mengaum seterusnya melayakkan diri ke Final untuk bertemu dengan si Gajah pula. Apa yang penting, Dollah Salleh perlu berani membuat satu perubahan yang ketara pada malam ini. Biarlah perlawanan malam ini kita bermain 180 ' daripada perlawanan yang lepas.

Penonton kecewa?

Penonton dan peminat Malaysia bukanlah membenci atau menyampah dengan  Dollah Salleh. Apa yang saya dapat lihat, mereka kecewa dengan Dollah Salleh berikutan pemilihan pemain yang tidak ubah seperti zaman Rajagopal. Malah, pemain- pemain yang betul- betul dalam tahap nmaksima tidak terpilih dalam skuad kebangsaan pada kali ini. Saya percaya, Dollah Salleh pasti ada sebab musababnya kenapa beliau memilih pemain- pemain demikian. Pencapaian Dollah Salleh kita harus ingat, dimana MPPJ, PDRM dan Pahang yang dahulunya mengalami zaman kegelapan dan Dollah Salleh lah yang memberi sinarnya!!

Apa-apapun, Selamat Berjuang Pahlawan Harimau Ku malam Ini!!
Buat Yang Terbaik Untuk Rakyat Malaysia!!


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.