Tersebar hari ini kisah proses pengiraan undi pemilihan jawatankuasa baru untuk Majlis Peguam (Bar Council) yang menunjukkan belang sebenar Majlis Peguam ini.

Satu rakaman suara yang tersebar ialah seorang calon Melayu yang bertanding tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan pengiraan undi. Kononnya calon itu terpaksa menandatangani akujanji untuk tidak merakam atau menyebar sebaran gambar atau video proses pengiraan undi Majlis Peguam.
Wah! Begitulah ketelusan yang dilaungkan oleh Majlis Peguam? Apakah itu piliharanraya yang ADIL dan BERSIH yang Majlis Peguam perjuangkan selama ini? Suatu kaedah yang autokratik dan penuh kediktatoran.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) patut belajar dari apa yang dilakukan oleh Majlis Peguam. Mungkin boleh juga laksanakannya untuk PRU14. Melarang mana-mana calon atau wakil calon dari masuk dewan pengiraan atau pejumlahan undi dengan membawa masuk sebarang kamera/telefon.

JELAS lagi bersuluh, Majlis Peguam teramat takut dengan ketelusan itu sendiri. Mungkin ada sesuatu agenda atau penipuan yang sedang mereka rancang. Kenapa TAKUT hingga tidak membenarkan langsung untuk sebarang rakaman dibuat?
Cakap tidak serupa bikin. Majlis Peguam semakin jelas ada AGENDA JAHAT.