Monday, December 15, 2014

Syed Ali Kecam Bekas Pengerusi SPR Serang PM Lepas Habis Jawatan!

pilihanraya kini     3:54 PM    


DATUK Seri Syed Ali Alhabshee mengecam keras Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mula 'menyerang' Datuk Seri Najib Tun Razak, setelah ditamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Jangan kerana tidak dapat sesuatu selepas pencen, mula maki hamun kerajaan, serang Perdana Menteri tanpa fakta,” tegasnya.

Beliau kesal kerana masih ada pegawai kerajaan apabila pencen mula menunjukkan‘perangai yang tidak senonoh’ terhadap kerajaan.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menyifatkan Rashid sebagai pegawai pencen yang tidak tahu mengenang budi selama berkhidmat dengan kerajaan.

Katanya, selama ini bekas pengerusi SPR itu sudah menikmati pelbagai kemudahan sepertimana penjawat awam yang lain.

“Sepatutnya kita bersyukur kerana kerajaan telah berikan  pelbagai kemudahan dan keselesaan, bukannya membuat tuduhan liar dan tidak berasas.

Katanya, tindakan Rashid menggunakan laman sosial pro-pembangkangb menyerang kepimpinan Najib sebagai tidak bermoral dan terlalu prejudis.

“Kalau Rashid tak puas hati dengan Perdana Menteri, dia boleh gunakan saluran yang betul, jumpa Najib dan bincang secara elok apa yang beliau mahu sebenarnya,” kata beliau.

Menurut beliau, kecaman bekas pengerusi SPR itu amat keterlaluan dan tidak mencerminkan kredibiliti bekas pegawai tinggi kerajaan.

Syed Ali seterusnya mencabar Rashid supaya berterus terang dengan dakwaannya bahawa Perdana Menteri telah ‘menipu’  rakyat.

“Jangan main tuduh, mengapa tak jelaskan secara terbuka apa maksudnya itu,” ujar beliau sambil mendakwa Rashid seperti mahu sesuatu ganjaran daripada kerajaan setelah bersara daripada SPR.

“Jika dia boleh tuduh Najib tipu rakyat menerusi blog pro-pembangkang, rakyat juga berhak bertanya apakah sebenarnya yang beliau mahu daripada Perdana Menteri,?

Menerusi portal berita malaysiakini.com semalam (Ahad), Rashid menyeru Najib agar berhenti ‘menipu’ rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu-isu berbangkit di dalam negara ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara jelas mana-mana isu yang dirujuknya itu.

Rashid juga dipetik sebagai berkata, sejak tidak mempunyai jawatan lagi, beliau kini berani mengkritik kerajaan tanpa takut.

Dalam hal ini, Syed Ali menempelak Rashid supaya tidak takut untuk menyebut secara terperinci apakah sebenarnya isu yang berbangkit itu.

“Kata tak takut, dah jadi berani kerana dah pencen, saya cabar belaiu supaya sebut apa yang Najib tidak buat untuk rakyat,” tegasnya.

Katanya, Rashid sepatutnya bersama kerajaan menangani beberapa perkara khususnya berkaitan perjalanan pilihan raya di negara ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali turut mengecam Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mempertikaikan lawatan Najib ke luar negara.

Malah beliau menyifatkan Ibrahim seperti mengeluarkan ugutan kepada Perdana Menteri apabila berkata : “sebelum kamu hilang jawatan dan kerajaan, tolong kurangkan sikit lawatan keluar negara,”.

Kenyataan tersebut kata beliau, jelas memperlekehkan usaha Najib untuk membina Malaysia ke tahap yang lebih dinamik diperingkat global.

Beliau menjelaskan, lawatan Najib ke luar negara bukan urusan peribadi sebaliknya membawa misi negara dan terlebih dahulu dimaklumkan kepada kabinet.

“Najib ke luar negara bukan makan angin, beliau membawa kepentingan negara dan ini baik untuk pembangunan ekonomi dan hubungan dua hala di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau menasihati Ibrahim tidak perlu untuk ‘menasihati’ Perdana Menteri kerana pemimpin kerajaan tahu apa yang mereka buat untuk manfaat rakyat dan negara.

Sumber : http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2014/12/syed-ali-kecam-rashid-serang-pm-selepas.html


4 comments :

Anonymous said...

aku x hairan...perangai babi mmg mcm ni..setelah telan kenyang2 lepas tu semua org x elok. Aku harap najib bg balik jawatan dia..biarlah dia pegang sampai mampos...x sedar diri sungguh.

Anonymous said...

alah datuk ibrahin ali tu menyalak sbb najib x bawa dia bersama melawat ke luar negara...cuba bawak dia senyum smpai telinga..semua baik dan elok...melayu oh melayu...sikap dengki tak boleh buag smpai kiamat

Anonymous said...

Najib perlu ambil tindakan undng-undang keatas Rashid sekiranya Rashid tidak memperincikan apa yang dimaksudkan Najib tipu rakyat. Ini perkara serious.

Perangai pegawai kerajaan mmg mcmtu...bila tak dapat mula mengata buruk kerajaan...klu tak percaya cuba kurangkan Bonus pegawai kerajaan...dengarlah rintihan hati mereka yg kononnya di zalimi...tp klu bg pun apa yg untung pun tak tahu...kebanyakkannya kaki PEMBELOT...

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.