Wednesday, January 21, 2015

Betul Kah Tun M Pengganti Anwar??

pilihanraya kini     4:43 PM    


Pakatan Rakyat kini semakin risau untuk mencari siapa pengganti kepada Anwar Ibrahim jika beliau dijatuhkan hukuman penjara kerana meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Semalam, Hakim menetapkan bahawa lagi dua minggu keputusan Mahkamah Persekutuan akan dikeluarkan sebelum proses rayuan terkahir Anwar Ibrahim dijalankan. Maka misi pencarian pengganti Anwar makin singkat tempohnya.

Sebenarnya, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlu risau dan susah payah mencari siapa yang layak mengambil tugas Anwar Ibrahim untuk menentang DS Najib Razak dan juga BN. Menurut pemimpin Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim, sudah ada individu yang layak bagi tugas tersebut.

Menurut Zamil, Tun Mahathir dan juga Tun Daim telah bersedia untuk menggalas tanggungjawab Anwar mengkritik kerajaan pimpinan Najib. Malah, Tun Mahathir dan Tun Daim lebih hebat dari Anwar kerana negarawan itu lebih bijak dan lebih pedas kritikannya.

Sebelum ini, Tun Mahathir telah membuktikan kehebatan beliau dengan menjatuhkan pentadbiran Tun Abdullah Badawi dengan hanya sebuah blog. Anwar pun tak sehebat itu kerana dari tahun 1999 sehingga sekarang, Anwar belum dapat menumbangkan kerajaan pimpinan Najib Razak.

Ini semua menunjukkan bahawa PR kini telah mempunyai Ketua Umum yang baru secara tidak langsung. Maka tak perlu lagi dirisaukan mengenai siapa pengganti Anwar kerana 'guru' kepada Anwar lebih layak dan bersedia.

Dan jangan hairan, jika pemimpin-pemimpin PR sendiri merayu kepada Tun Mahathir dan juga Tun Daim supaya menyertai kumpulan mereka untuk menumbangkan kerajaan BN dan juga merampas Putrajaya. - Chewan/Utaranews.-

11 comments :

Anonymous said...

Tun M dan Tun Daim mengkritik Najib sebab nak pulihkan keadaan, bukannya macam orang yang murah maruahnya, membodek Najib untuk kepentingan diri sedangkan yang menjadi mangsa adalah parti.

Anonymous said...

Biasalah macai akan menyalak meraung-raung nak mendapatkan perhatian Najib, inilah golongan penyokong membawa rebah, membodek dan mengampu pemimpin untuk kepentingan diri.

Di era Tun Mahathir dan rakan-rakan menteri beliau termasuklah Tun Daim sendiri, negara kita dilanda krisis macam mana pun, pasukan Tun Mahathir dan rakan-rakan menteri beliau dapat menanganinya dengan segera, kerana mereka punya kualiti pemikiran yang bagus, bertindak untuk kepentingan negara walaupun tindakan mereka itu tidak popular.

Bukannya macam Najib, suka bersikap populis, lepas tu ada pula para pengampu dan pembodek yang hanya tau bodek tanpa mengira baik dan buruk bodekan mereka itu, kesannya banyak yang Najib buat kononnya nak mempopularkan dirinya akhirnya menjadi senjata makan tuan kerana populariti Najib terus menjunam hinggakan sekarang ini orang ramai di kampung-kampung di kawasan hulu hinggalah ke bandar besar pun sukar nak percayai dasar-dasar dan cara pentadbiran Najib yang lebih banyak merosak dari nak membaiki.

Anonymous said...

Boleh tak boleh nak gelak jugak....kahkahkahhhhhh,nanti sotong cakap i benci,benci

Anonymous said...

Inilah hasilnya jika percaya sangat cakap macai kaki pembodek, kaki pengampu, kononnya nak jadikan diri popular, tapi akhirnya menyebabkan diri dibenci orang.

Teruskan Najib memelihara para pembodek yang hanya tau menyalak ke hulu ke hilir membodek dan mengampu Najib tanpa reti buat kerja untuk memulihkan kekuatan Barisan Nasional. Perbuatan Najib ini ibarat seekor kambing memelihara anak serigala, bila dah besar kambing yang bela serigala itu dibaham oleh serigala itu sendiri, tapi sayangnya Najib masih tak sedar diri.

Anonymous said...

Tun Daim & Tun Mahathir adalah DUA Perompak, Penyangak, Penipu, Pemutar Belit yang telah menzalimi seluruh Rakyat Malaysia dgn membawa keluar BERBILLION-BILLION Wang Rakyat. Kalau Penyangak Daim membawa lari ke berbagai bank di Eropah dan Afrika, Mahazalim, MahaFiraun Mahathir membawanya ke Guam. Oleh kerana jumlah banyak, maka mudahlah bagi mereka memiliki Bank-Bank dinegara tersebut, dgn proksi-proksi terpilih, khususnya Pedagang Matawang yang dilantik oleh KeDUA-DUA Penyanggak Terbesar dlm sejarah Malaysia Moden.
Lim Kit Siang sebagai Ketua Pembangkang di era Kegemilangan Kerajaan BN/UMNO 2/3, telah membawa topic “THE BANK NEGARA RM30 BILLION LOSSES SCANDAL” di Parlimen sekitar tahun 1994, namun keunggulan 2/3 Majoriti, skandal tersebut lenyap begitu saja, Lim Kit Siang tidak lagi mengungkitkan sehngga ke hari ini.
Hansard Parlimen Skandal lapor pd tahun 1989 Bank Negara telah dikritik hebat oleh Pihak Berkuasa Kewangan Barat kerana berspekulasi KETERLALUAN ke atas matawang Yen dan US Dollar di mana Group 7 Negara Maju cuba menstabilkan pasaran kewangan ketika itu. 1991, Reuter melaporkan Bank Negara memiliki suatu kuasa dominan ke atas pasaran kewangan & digelar sbg “PEMBULI PASARAN KEWANGAN”.
Kapasiti Bank Negara lakukan spekulasi US50 Million satu lot berbanding pasaran normal berkapasiti US5 Million, Jepun saja yg memiliki kapasiti tersebut dan hanya spekulasi satu atau dua kali dalam masa satu tahun. Berbanding Bank Negara melakukan BERBILLION dalam masa satu hari.
Teknik spekulasi pada US50 Million pada 2 Bank Ternama dan kemudian mengulangi spekulasi dengan kadar sama 10 minit kemudian. Kemudian Namk Negara bertukar tempat dan melakukan spekulasi lagi 24 jam sehari dengan jumlah wang BERBILLION-BILION.
SOALNYA JIKA KERUGIAN YANG DICATAT HANYA RM30 BILLION, kemana wang-wang Rakyat BERBILLION-BILLION yang lainnya pergi? Sedangkan Rezab Bank Negara ketika itu hanyalah US20 Billion dan Tidak berubah spt lapor DS Anwar di Parlimen?
Kejadian berlaku di zaman Penyanggak Daim sbg MENTERI KEWANGAN dan Mahazalim Mahathir sbg PERDANA MENTERI, manakala Ketua Spekulasi Kewangan di Bank Negara ialah Nor Mohamad Yaacob. Nor Nohammad Yaakob masih di dlm Kerajaan, menutup rapat Rahsia Besar ini, di Bank Negara, Mahazalim MahaFiraun Mahathir arah Zeti Aziz, simpannya dlm peti besi. Zeti Aziz, bukannya cekap & pandai manapon mengendalikan urusan Kewangan/Bank Negara, tapi TIADA SESIAPA PON yang mampu mengugat kedudukkannya. Mahazalim Mahathir akan cepat memintas/memotong sesiapa saja yang berani kacau “CARETAKER GUNDEK” utk jaga Rahsia Besarnya.
Hanya Penyanggak Perompak, Lanun Daim dan Mahazalim MahaFiraun Mahathir sahaja yang mampu menjawab persoalan ini. Sila rujuk artikel “the bank negara rm30 billion forex losses scandal”.
http://www.limkitsiang.com/archive/2004/jan04/lks2837.htm
https://wtfreport.wordpress.com/2011/12/12/the-forex-scandal-in-early-90s/
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/03/nor-the-main-culprit-behind-forex-scandal/
http://www.limkitsiang.com/archive/2006/july06/lks3966.htm
http://blog.limkitsiang.com/publication/
https://akupeduliapa.wordpress.com/2012/06/06/rm30-billion-bank-negaras-forex-losses-in-1992/
http://www.tindakmalaysia.com/showthread.php/5067-Finance-Bank-Negara-Forex-Loss-Mahathir-has-to-answer-Lim-Kit-Siang
Lim Kit Siang, DS Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli desak di siasat Penyanggak Daim, Mahazalim Mahathir, dari mana kekayaan yg mereka dapat asalnya dari mana?,Bawa kpd World Bank, IMF, ICC, Bank Of England, FSA, Federal Reserve. “SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA AKAN JATUH KE TANAH JUA” akhirnya terbongkar jua.

Anonymous said...

Sungguh lucu.
macam maharaja lawak mega
he he he

Dalam buku Lord of The Rim,penulis telah menceritakan bagaimana Malaysia rugi 10billion semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.Ini kerana Anwar telah meminjamkan duit negara kepada satu pihak di Hong Kong dengan perjanjian yang panjang dan berbelit-belit.Apabila pihak kerajaan Malaysia menghantar pegawai untuk menyiasat perkara ini,ada pegawai tersebut di bunuh dalam bilik hotel,mayat di temui di pokok pisang dan lain-lain.

Anonymous said...

asyik berbilion billion...berapa billion?..pening wei SPRM nak siasat...sungguh lawak

Anonymous said...

Fakta macam bagus, tp hanya sesuai utk slot raja lalok, eh raja lawak. Tak letih menulis fitnah tu ke bro. Ke kopi pes jer...dari blog bengong.sebelah.

peminat Tun said...

Masa tun perintah, org yg ampu jilat tun, sampai ada yg nak mandi darah, xpula puak2 lembu ni ckp pembodek, pengampu pencacai?? Zaman Tun nk kritik ko nk kena sumbat masuk jail atau dipecat 24jam? Kritikan Tun mmg perlu skrg tp bkn menyerang dn mmbunuh BN dn Najib. Dlm keadaan musuh2 sdg tunggu masa nk baham Melayu Islam, tun pilih berperang sesama umno?

Anwar pnjahanam tu pun keliru Tun M dh join PR ... sudah2lah Tun.. hati bg berseh skit tua2 dh ni

Mmg patut berdiam diri sahaja Tun..anak kandung sendiri yg bernama Marina dan bekas anak emas yg bernama KETUM inilah yg mengugat perpaduan kaum di malaysia dan memeningkan otak DSN..adakah Tun M masih berdendam dgn arwah Tun Razak hingga ke waris Tun Razak..cukup cukuplah Tun

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.