Monday, January 19, 2015

Cukai #GST Haram? Kata Ustaz

pilihanraya kini     10:04 AM    




GST: BILA OSTAD TAK CUKUP NGAJI BUAT FATWA GST HARAM...MASYA ALLAH


Inilah yang selalu terjadi di kebanyakkan dunia Islam bila seseorang yang bukan ahli bercakap sesuka hati menfatwakan itu haram ini tak betul semuanya salah tanpa lihat pada keseluruhan konteks.

Ada kalangan mereka sesuka hati menfatwakan Islam mengharamkan GST atas alasan pada zaman Rasulullah s.a.w tidak ada GST, tidak ada cukai barangan dan jualan.

Mereka juga berhujah zaman Rasulullah s.a.w cukai tidak dikenakan ke atas umat Islam, yang dikenakan cuma zakat fitrah.

Manakala jizyah atau cukai dikenakan keatas rakyat bukan Islam kerana mendapat perlindungan dari kerajaan baginda.

Percukaian zaman selepas Rasulullah s.a.w

Pada zaman kekhalifahan cukai jizyah diperluaskan ke wilayah-wilayah Islam yang baru dibuka seperti tanah-tanah Empayar Byzantine dan Sassanid milik orang-orang atau rakyat bukan Islam sebagai syarat mereka menerima perlindungan dari pemerintahan Islam.

Begitu juga kharaj iaitu cukai atau duti yang dikenakan ke atas rakyat bukan Islam diperkenalkan apabila sesebuah negara ditakluk oleh tentera Islam samada dalam peperangan atau perjanjian damai sebagai syarat mereka tunduk menyerah dan menerima kedaulatan pemerintahan Islam. 

Perluasan kuasa empayar Islam di seluruh dunia menjadikan sistem kutipan cukai semakin kompleks. Pelbagai bentuk percukaian diperkenalkan antaranya kharaj  http://ms.wikipedia.org/wiki/Kharaj 

Kharaj tidak pun disebut di dalam Al Quran dan Hadis tetapi ia diadakan hasil kesepakatan para ulama, pentadbir dan pakar-pakar ekonomi Islam dizaman silam.

Di dalam undang-undang syariah, kharaj adalah cukai ke atas tanah-tanah pertanian yang dicipta berdasarkan adat dan tradisi dalam masyarakat Islam sesuatu tempat atau dikenali sebagai urf.  

Jadi adakah umat Islam melakukan bida'ah dengan mengada-adakan cukai yang tidak pernah diadakan zaman Rasulullah s.a.w? 

Hasil-hasil dari kharaj, zakat, sedekah dan sebagainya disimpan, ditadbir dan diagih-agihkan secara saksama oleh Baitulmal atau di zaman moden ia setaraf dengan Perbendaharaan atau Treasury.

Percukaian di zaman moden

Bila zaman dah moden, maka pelbagai lagi cukai diperkenalkan oleh pemerintah sesebuah negara bagi menambah hasil pendapatan negara termasuklah GST atau VAT.

Hasil pendapatan percukaian itulah digunakan untuk membayar gaji, membina pelbagai prasarana, membeli kelengkapan ketenteraan, meningkatkan keselamatan, memberi pampasan setiap kali bencana dan sebagainya...

Tapi ada juga di kalangan ilmuan dan agamawan kita nampaknya masih lagi kabur kepentingan GST kononnya GST itu haram dan zalim.

Yang manakah dikatakan haram dan zalim itu?

Jika mereka menfatwakan GST haram, maka ia mungkin haram pada mereka, haram untuk mereka menikmati walau sedikit pun hasil punca atau titisan GST seperti prasarana jalan raya, air, elektrik dan sebagainya yang akan dibangunkan melalui wang kutipan GST!

Jika ada pengikut mereka yang percaya dan mengatakan GST itu haram mungkinkah wang gaji, upah, semua urus niaga perniagaan yang mereka juga terlibat juga menjadi haram dan tak boleh disentuh apatah lagi dimakan kerana duit cukai GST juga digunakan untuk tujuan-tujuan tersebut.

Adakah juga yang dikatakan haram dan zalim itu sepertimana yang mereka faham bahawa umat Islam akan dikenakan cukai berganda-ganda?

Kononnya sudahlah zakat kena bayar lepas tu kena bayar GST lagi...

Please jangan jadi jahil murakkab bercakap tanpa ilmu pengetahuan.

Zakat dibayar bila cukup haul dan nisabnya. Cukai pendapatan juga dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bila cukup setahun tiap-tiap tahun.

Di dalam perundangan Malaysia seseorang yang membayar zakat individu boleh memotong pembayaran cukai pendapatan peribadinya.

Begitu juga apabila sesebuah syarikat korporat membayar zakat korporat atau zakat perniagaan mereka maka mereka boleh dikecualikan dari membayar cukai korporat bila nilainya bersamaan atau lebih dari cukai tersebut atau mereka hanya perlu membayar lebihan cukai tahunan yang dikenakan. 

Kalau berlebihan bayar cukai pula wang akan dipulangkan semula.

Itulah mekanisme percukaian yang dibuat oleh pihak pemerintah untuk kebajikan umat Islam di negara ini. 

Manakala GST pula untuk cukai barangan. Ia dikutip berdasarkan barang atau perkhidmatan yang dijual.

GST bukanlah cukai tambahan kepada cukai sedia ada. Jika sebelum ini di bawah SST cukai adalah 16% namun di bawah GST ia cuma 6% sahaja. 

Bukankah ia sistem percukaian yang lebih baik dari cukai sebelumnya? Lagipun bukan semua barang kena GST.

Syarikat perniagaan yang nilai keuntungan tahunannya kurang dari RM500,000 setahun turut dikecualikan dari membayar GST. 

Cukai korporat pula akan diturunkan dari 26% kepada 25%, 24.5% dan akhirnya 24% secara berperingkat-peringkat. 

Adakah haram lagi GST itu apabila pemerintah mahu melaksanakan satu mekanisme perundangan dan perekonomian yang lebih cekap dan dapat membenteras penyelewengan seperti lari dari cukai, mengaut untung berlebihan dan sebagainya?

Apehal dunia Islam lain turut laksanakan GST?

Jika GST bercanggah dengan ajaran Islam mengapakah 26 buah negara-negara Pertubuhan Islam Sedunia (Organization of Islamic Countries – OIC) seperti Algeria, Turki, Jordan, Lebanon, Indonesia, Mesir, Iran, Uzbekistan, Turkmenistan, Pakistan, Kazakhstan dan sebagainya turut melaksanakannya? 

Kadarnya pula berbeza dari serendah 5% di Iran hingga tertinggi 20%  di Uzbekistan dan Tajikistan?

Adakah Negara-Negara OIC ini tidak Islamik? 

Adakah selama ini mereka makan duit haram?

Hakikatnya, kadar GST 6% di Malaysia adalah jauh lebih rendah dari negara-negara lain yang mengenakan GST. Contohnya di Hungary kadarnya 27%. 

Jika GST adalah sistem percukaian yang zalim, mengapakah negara-negara dunia ini boleh dan berjaya melaksanakannya? 


Adakah mereka telah membatalkan GST dan melaksanakan suatu sistem percukaian yang lain yang lebih baik dari GST?

Dalam sejarah Islam, sistem percukaian mula dilaksanakan di zaman Khalifah Umar Al Khattab (633-644M) untuk membangunkan negara Islam dari pelbagai sudut. Jika cukai itu haram, apakah hukuman yang perlu dijatuhkan ke atas baginda? 

Murtad, terkeluar dari Islam atau sesat...Mungkin itu fatwa yang dikeluarkan oleh puak-puak khawarij dan syiah yang sememangnya memusuhi baginda!

GST tak perlu...boleh pinjam bank asing?

Jika tanpa wang kutipan GST dimanakah lagi sumber kewangan kerajaan di masa hadapan setelah SST dimansuhkan? Tambahan lagi hasil negara kini semakin susut apabila harga minyak semakin turun menyebabkan pendapatan negara semakin berkurangan.

Adakah para ostad ini suruh kerajaan meminjam dari negara asing...kononnya pinjam dari negara-negara Arab-Islam yang tak mengenakan sebarang faedah kononnya mereka menolak riba...

Siapa kata, siapa nak bayar gaji staff bank-bank mereka?....Berniaga mesti nak untung!

Meminjam dan berhutang dari negara-negara asing banyak mudaratnya wahai ostad-ostad kerana ia melemahkan kedaulatan kita. 

Adakah para ostad ini menyuruh kerajaan memaksimakan hasil dalam negara untuk menambah pendapatan negara. 

Nak suruh tebang balak berekar-ekar, jual tanah balak, pasir dan air pada warga negara asing atau tokey-tokey sepet?

Jika itulah pemikiran singkat ostad-ostad ini nampaknya itulah yang terjadi di Kedah yang dahulunya diperintah oleh ostad-ostad yang bukan pakar ekonomi. 


Sama seperti yang berlaku di Kelantan akibat gila menarah hutan dan bukit, bila banjir besar habis semua kena sapu dek tsunami lumpur dan balak.  

Sepatutnya ostad-ostad ini belajar habis-habis dahulu dari pakar-pakar ekonomi Islam yang mempunyai ilmu tentang perekonomian dan percukaian sebelum bercakap.

Di kala negara aman masa inilah hasil percukaian amat penting digunakan untuk membina kekuatan ketenteraan sebagai persediaan menjaga keselamatan dari ancaman musuh-musuh yang kita tahu atau tidak kita ketahui.

Hasil dari percukaian itulah juga akan digunakan apabila keadaan memerlukan seperti menghadapi bencana alam seperti banjir, kemarau, kerosakan tanaman dan sebagainya.

Kalau duit negara dah tak ada adakah para Ostad-Ostad ini suruh kita meminta sedekah melalui tabung-tabung tin milo dan mengharapkan ihsan dari negara-negara lain? 

Itulah bila tak faham jangan memandai-mandai keluarkan pendapat, belajar dan tanya dulu jika tidak nanti keadaan menjadi lebih buruk. Akhirnya kita ditertawakan kerana kejahilan kita. 

Syeikh Nuruddin pun dah nafi fitnah ostad PAS...camna tu macai?

http://penembak-tepat.blogspot.com/2015/01/syeikh-nuruddin-al-banjari-nafi-fitnah.html

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.